terima kasih sahabat

Isnin, 30 November 2009

28 November 2009




nak senyum pun menggigil.. hahaha

bersama ayahku syg...

nie cincin...

bersama mamaku cyg...
Alhamdulillah.. walaupun sudah dua hari berlalu, tetapi saya akan ingat sampai bila-bila peristiwa yang berlaku pada hari Sabtu, 28 November 2009 lalu sepanjang hidup saya, insya Allah...

saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis saya.. terutamanya kepada kedua ibu bapa saya, family saya, kakak-kakak saya, abg-abg saya, kakak ipar, abg ipar, adik-adik semua yang saya sayang.. terima kasih kerana sudi membantu saya dalam menjayakan majlis saya.. terima kasih juga kepada paklang (Cikgu Ateh Salim) kerana sudi menjadi wakil bagi pihak ibu bapa saya.. terima kasih juga kepada saudara mara saya sebelah ibu, rombongan pihak lelaki, dan sebahagian org kampung kerana sudi meraikan majlis saya.. saya hanya mampu mengungkapkan ucapan terima kasih.. hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budi baik semua.. mudah-mudahan Allah memudahkan urusan kalian..

setelah dirisik pada 17 Oktober 2009 yang lalu, akhirnya kami telah mengikat tali pertunangan pada 28 November 2009. harapan kami, Allah memberkati hubungan dan ikatan kami, Allah permudahkan urusan kami, Allah lindungi kami, Allah tabahkan hati kami dalam menempuh segala dugaan dan cabaran dalam alam ini.. Mudah-mudahan apa yang kami rancang, Allah permudahkan dan Allah berkati... Amiiin..

Ahad, 1 November 2009

empat watak isteri

dalam Al-Quran ada menyebut empat jenis wanita yang bergelar isteri:

PERTAMA:
jenis ideal, isteri Musa. Walaupun al-Quran tidak menyebut namanya, namun isteri musa ini dikenali sebagai Safura anak perempuan Syuaib. Safura digambarkan sebagai gadis murni. Dia tertarik dengan Musa. cintanya kepada calon suami, tidak hanya demi kebahagiaan keluarga, iaitu membantu ayahnya. Al-Quran menggambarkan cinta mulia dan halus Safura melalui ayat 26 surah Al-Qashash yang bermaksud: salah seorang daripada kedua wanita itu berkata,"ya bapaku ambillah ia sebagai seorang yang bekerja (pada kita) , kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja kepada kita ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai."
dan sesungguhnya, perkahwinan yang ideal ialah perempuan yang mulia serta setia berpasangan dengan suami yang kuat lagi amanah. inilah pasangan romantis sebenar.

KEDUA:
jenis isteri Abu Lahab, iaitu perempuan jahat berganding dengan suami terkutuk. dalam Surah Al-Lahab ayat 3-4 yang bermaksud: "kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergelojak. dan begitu pula isterinya pembawa kayu bakar".
isteri Abu Lahab bernama Ummu Jamil tidak disebut di dalam Al-Quran. Abu Lahab mempunyai akhlak buruk dan dikatakan pernah mencuri emas yang terdapat di Kaabah kerana tamak dan rakusnya. isterinya pula seorang penyombongdan memiliki hasad dengki yang kuat. jadi, tugasnya ialah pembantu setia kejahatan suaminya. kalau Abu Lahab merupakan penentang utama terhadap Nabi. Muhammad,maka isterinya adalah pendorong utama yang turut aktif dalam kegiatan jenayah suaminya. jadi, jika suami diumpamakan terbakar dalam kejahatan nafsu, isteri pula pembawa kayu api- iaitu pengobar kejahatan suami. maknanya isteri aktif dalam kejahatan suami.
KETIGA:
isteri baik dalam genggaman suami yang jahat. watak ini menyebut isteri firaun sebagai contohnya. walaupun firaun melalui Al-Quran merupakan seorang raja besar yang dikutuk Allah, namun isterinya disanjung tinggi dalam Al-Quran. Isteri firaun yang kononnya bernama Asiahini juga tidak diberikan nama dalam Al-Quran. disebut sebagai "imraatu Firaun" atau perempuan Firaun sahaja. walaupun Asiah ditakdirkan berpasangan sebagai suami isteri dengan firaun, namun tindakan akhlaknya sangat bertentangan dengan suaminya yang zalim itu. Asiah menyelamatkan Musa, sebaliknya Firaun ingin menghapuskan Musa. dia berkenan dan beriman dengan ajaran Islam yang di bawa Musa.Semua manusia dilingkungannya menyembah Firaun sebagai Tuhan, tetapi dia diam-diam menyembah Allah.
KEEMPAT:
watak perempuan Nabi Nuh dan Lut. isteri dua orang Nabi a.s ini dinyatakan Allah melalui Al-Quran surah at-Tahrim ayat 10 yg bermaksud: "Allah membuat perumpamaan isteri Nuh dan isteri Lut perumpamaan bagi orang2 kafir. Keduanya di bawah pengawasan dua orang hamba yang solih di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun, dari seksa Allah, dan dikatakan kepada keduanya masuklah ke neraka bersama-sama orang yang masuk (neraka):.
isteri Lut kononnya bernama Wa'ilah, tetapi isteri Nuh tidak diketahui namanya. namun kedua-dua perempuan ini tidak disebut dalam Al-Quran siapakah nama mereka. mereka adalah isteri kepada 2 lelaki pilihan Allah, namun mereka disifatkan oleh Allah sebagai pengkhianat dan menjadi ahli neraka.
demikianlah gambaran watak isteri dalam Al-Quran.
dipetik dari: mufakkiratul mu'minah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...