terima kasih sahabat

Selasa, 17 Jun 2025

TEKS MIMBAR DAEI tema : Memuliakan ibu bapa . Dikarang oleh : Puan Umi Kalsom Binti Ibrahim

  TEMA  MEMULIAKAN IBU BAPA

TAJUK :  REDA IBU BAPA, REDA ALLAH


Bismillahirrahmanirrahim..  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”

Alhamdulillahirabbil alamin, wassolatu wassalamuala asyrafil anbiyai wal mursalin

Wa ala alihi wasahbihi ajmain


PANTUN :




Apa khabar semua sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Sihat ?  Mari... Dengar tazkirah saya "Reda Ibu bapa adalah reda Allah".

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 36:

 


Maksudnya : Hendaklah kamu beribadah kepada Allah SWT , janganlah kamu mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu. Hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membangga diri.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Ibu bapa adalah anugerah agung dari Allah swt. Mereka membesarkan kita dengan  penuh kasih sayang, berkorban tanpa mengharapkan balasan, dan mendoakan kita dalam setiap sujud mereka. Dalam Islam, Reda ibu bapa bukan sekadar satu adab, tetapi ia adalah jalan menuju reda Allah swt. 

 Sabda Rasulullah  saw: 



(Hadis riwayat al-Tirmizi) yang bermaksud : "Reda Allah bergantung kepada reda ibu bapa dan murka Allah bergantung kepada murka ibu bapa"


Bayangkan ibu bapa itu seperti pintu utama menuju sebuah istana indah bernama 'REDA ALLAH''. Untuk masuk Ke istana itu, kita perlu melalui pintu tersebut . Kalau pintu itu tertutup kerana ibu bapa kecewa, terasa hati, atau kita derhaka maka kita tak kan dapat masuk ke dalamnya, walau kita berdiri di hadapannya. Jadi, ibu bapa adalah jalan dan syarat penting untuk kita capai keberkatan dan keredhaan Allah SWT.

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Pernah dengar tak kisah Uwais al-Qarni yang berbakti kepada ibunya? Uwais al-Qarni ialah seorang pemuda dari Yaman yang sangat taat dan soleh. Walaupun hidup dalam serba kekurangan dan tidak terkenal, tetapi namanya sangat mulia di sisi Allah SWT kerana baktinya kepada ibunya yang uzur dan lumpuh.

Ibunya sangat ingin menunaikan haji, maka Uwaiz bekerja keras, memelihara seekor anak lembu setiap hari, mendukungnya naik turun bukit, Tujuannya, untuk melatih diri agar kuat mengendong ibunya ke Mekah. Bila tiba waktunya , dia benar-benar pikul ibunya dari Yaman ke Mekah untuk menunaikan haji bersama.  Nabi saw bersabda kepada Umar dan Ali ra. : '" Akan datang seorang dari Yaman, namanya Uwais . Jika kamu bertemu denganya, mintalah dia doakan kamu"" 

Nampak tak tuan-tuan, Uwais tidak terkenal di dunia, tapi namanya disebut Nabi dan doanya mustajab asbab memuliakan ibunya.


Tuan-puan sekalian, mari Saya kongsi kan  cara mendapatkan reda ibu bapa menggunakan kata kunci  S.A.Y.A.N.G.

S - Salam dan sapa dengan hormat

A - Ambil berat keperluan mereka

Y- Yang baik dituruti, yang salah ditegur dengan lembut

A - Akur dan taat selagi tak bercanggah dengan syariat

N - Niatkan setiap khidmat sebagai ibadah

G - Gembira kan hati mereka selalu


Kata kunci ini mudah di ingat sebab perkataan 'sayang ' itu sendiri mewakili apa yang ibu bapa paling harapkan iaitu kasih sayang dari anak. Setiap anak wajib berkasih sayang terhadap ibu bapa. Contohnya sentiasa menjaga hati dan perasaan serta tidak membenci mereka.


Hadirin yang di rahmati Allah, 

Reda Allah terletak pada reda ibu bapa. Maka jangan sesekali kita abaikan kasih mereka, jangan kita tinggalkan doa mereka. Berbakti lah selagi hayat mereka masih ada, dan doakan mereka andai telah tiada. Ingat, syurga yang kita impikan ada di bawah tapak kaki ibu dan restu seorang ayah.

Akhir kata, marilah kita sama-sama muhasabah diri. Moga kita termasuk dalam kalangan anak-anak yang mendapat reda ibu bapa, seterusnya meraih reda dan rahmat Allah SWT.


Saya akhiri tazkirah ini dengan serangkap pantun:






 wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikuk warahmatullahi wabarakatuh


Dikarang oleh : Puan Umi Kalsom Binti Ibrahim

16.6.2025

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...