terima kasih sahabat

Selasa, 10 Oktober 2017

SEJARAH KELAHIRAN ANAKKU :)

bismillahirahmanirrahim

Kelahiran anak ketiga yang mama nanti-nantikan.sepatutnya due date pada 20.7.2017 tetapi baby mama masih belum mahu keluar.  macam2dah mama buat.. tapi masih lagi belum waktunya untuk baby ni keluar.. Mama bersabar n teruskan berdoa agar dipermudahkan kelahiran dan terus menanti..Pada 25.7.2017 hari Selasa pada jam 1.15 pagi mama dah terasa sakit untuk bersalin. tapi sakit yang tidak terlalu sakit... mama boleh tahan lagi. Selepas subuh, mama pun ajak suami untuk pergi ke hospital Batu Pahat. Pada awalnya mama hendak melahirkan di Hospital Kluang, tapi disebabkan Hospital Kluang jauh sedikit, mama pun ambil keputusan untuk ke hospital Batu Pahat sahaja.  Akhirnya pada 25.7.2017, hari Selasa pada jam 11.26 pagi mama selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.4kg. Selepas melahirkan, baby diletakkan di wad NICU kerana ada masalah pernafasan. mama masih lagi belum menatap wajah baby mama. Setelah 1 jam di dewan bersalin, barulah nurse membawa baby mama kepada mama. Semua nurse mengucapkan Subhanallah. hmmm kenapa ek. nurse tunjukkan jantina baby kat mama. Mama dah tahu sebenarnya... pada ketika itu, mama nampak kaki baby mama macam masuk ke dalam. Baby suka tarik tarik kakinya... masa tu nurse tengah nak pastikan nama dan i/c mama pada label kaki baby tu...Tapi mama sedapkan hati mengatakan baby baru lahir n keadaan baby dalam perut mmg begitu. baby memang bengkokkan kaki dalam perut ibunya..

Seharian mama di wad tanpa baby. Mama seorang sahaja dalam wad yang  berhawa dingin itu. Esoknya, pada waktu pagi, mama diperiksa oleh doktor dan mengatakan mama sudah boleh keluar wad. tapi baby masih belum stabil.. waktu melawat tengah hari, suamiku sampai... kami pun tanya doktor keadaan baby kami.. Alhamdulillah, baby sudah stabil dan telah dipindahkan ke wad 7. dan baby kami sudah boleh di bawa balik. Kami pun pergi ke wad 7.. ketika nak masuk ke wad 7, hanya ibu bapa baby sahaja dibenarkan masuk. sebelum masuk pun, kami diminta meninggalkan i/c di tempat jaga.. Ketika kami hendak menukarkan baju baby untuk persalinan balik, mama meminta suami mama memakaikan sarung tangan dan sarung kaki baby kami. pada ketika itu, badan mama masih lemah dan tidak bertenaga.. tiba-tiba suami ku perasan kaki kanan anakku ada kelainan sedikit. lantas suamiku bertanyakan kepada mama dan mama meminta suami bertanya kepada nurse yang berada di kaunter hadapan kerana mama pun tidak dimaklumkan aa-apa tentang kaki baby itu... Nurse bertanya, "doktor belum bagitau ke?" kami jawab : "Doktor tak de bagitau apa2 pun.". hmmm sedihkan .. kemudian, datanglah doktor pelatih dan menerangkan keadaan kaki anak kami. cadangan doktor, kami perlu membawa anak kami melakukan fisio seawal mungkin. pada bulan 11 nanti, baharulah di rujuk ke pakar  5 untuk melihat perkembangannya bagaimana.

Dalam perjalanan pulang, suamiku terus pergi ke Klinik Kesihatan Parit Raja untuk mengambil temujanji melakukan fisio untuk anak kami. Alhamdulillah urusan dipermudahkan. hati ibu mana yang tidak sedih, kelahiran yang ditunggu2, tetapi Allah memberi kami sedikit ujian.. sedikit sahaja berbandingnya nikmatNya yang begitu luas.. Kami tetap bersyukur.. walaupun pada awalnya mama tak mahu membuka mulut tentang kaki baby kami ni. tapi sokongan suamilah yang membuatkan mama terima dengan hati yang terbuka...

 Fisio kali pertama dilakukan pada hari ahad ketika baby berusia 6 hari. kami diajar cara mengurut atau melakukan senaman untuk anak kami. Di situ, jurufisio itulah yang menerangkan tentang keadaan kaki anak kami. dia tunjukkan nama penyakit itu adalah ctev. tapi doktor tu tulis dalam buku baby positional ctev sebabtu dicadangkan melakukan fisio dahulu. jurufisio itu menyuruh kami menggoogle ctev di internet untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyakit ini.. bermula saat itu, mama sering menggoogle tentang ctev, talipes atau disebut juga clubfoot.

Mengikut pembacaan saya, ianya bukanlah penyakit tetapi keadaan yang boleh dirawat. sudah banyak baby2 dirawat dan keadaannya kembali normal. mengikut kajian, kelahiran baby dengan keadaan ini adalah 1:1000 kelahiran di dunia.dan bayi lelaki adalah 2:1 daipada bayi perempuan.. maknanya di sini, mama adalah insan terpilih. mama adalah orang yang dipilih Allah untuk diuji.. Baby mama kuat..mama juga kena kuat.

Jauh lagi perjalanan yang perlu baby dan mama lalui untuk memastikan baby mama akan kembali normal. dapat berjalan, berlari, melompat, menyepak bola seperti kanak-kanak lain. Hati mama kuat menyatakan kaki kanan baby mama boleh sembuh. Sepanjang dalam pantang, mama rajin membaca tentang clubfoot, talipes atau ctev. tetapi daripada pembacaan mama, mama banyak jumpa versi inggeris dan indonesia. versi Malaysia atau pengalaman orang Malaysia tidak banyak dikongsi. sehingga satu ketika mama cuba mencari group clubfoot di facebook. di situ mama menjadi silent reader. di situ mama membaca pengalam-pengalaman ibu2 di Malaysia yang memiliki anak-anak club foot. Kaedah yang ramai mereka gunakan adalah ponseti method. Mama ada bertanya dengan salah seorang ibu disitu yang memiliki anak clubfoot juga. mama meminta nasihat dari dia. dia menasihatkan mama supaya banyak membaca tentang clubfoot dan ponseti method supaya mama ada ilmu tentang cara rawatan yang betul.. mama baca, baca  dan teruskan membaca.. semuanya untuk kepentingan mengubati baby mama...

Setelah sebulan mama melakukan fisio, jurufisio juga ada membuatkan splint kaki baby mama. pada ketika itu, usia baby 9 hari. baby sangat cepat membesar. tak sampai sebulan, kasut splint itu dah tak boleh pakai... maka, bila datang temujanji fisio kali kedua, juru fisio tu melihat keadaan kaki baby masih lagi belum normal. maka jurufisio itupun merujuk baby ke doktor untuk di rujuk ke pakar othopedik. Kami mendapat temujanji pada 17/9/2017 hari Ahad. Sebelum berjumpa pakar, mama tambahkan lagi pengetahuan tentang clubfoot supaya mama tahu apa yg doktor terangkan adakah sama seperti pembacaan mama..

Pada 17/9/2017 hari Ahad Jam 9.20 pagi, kami dipanggil masuk untuk membawa baby berjumpa dengan doktor. mama duduk dan bertanya kepada doktor yang duduk di sebelah mama tu. macam-macam mama tanya kat doktor tu tapi doktor tu diam sahaja dan hanya senyum. yang doktor tu tanya adalah, ni anak pertama ke? lahir berapa kilo? lahir normal? aik... mama rasa pelik je ngan doktor ni. soalan tu tak ade kaitan pun.. hihihi. pastu doktor tu kata kejap ye, sambil dia acah2 baby kami. tidak lama lepas tu, datanglah doktor lelaki. mama pun segera bertanya tentang baby mama. mama tanya doktor, betul ke anak mama ni ctev???? doktor lelaki tu pun cek, kaki baby, urat baby, tulang belakang baby semua dia tengok. dia pusing2kan kaki baby tu.. akhirnya dia mengesahkan baby mama mild ctev dan memerlukan rawatan ponseti method. mama bertanya, apa yang perlu dilakukan? (padahal mama dah tahu apa itu ponseti method) doktor menerangkan yang kaki baby perlu disimen untuk membetulkan keadaan nya. sebanyak 4 hingga 6 kali. ok, mama puas hati sbb sama seperti pembacaan mama.. pada hari itu juga, baby perlu melakukan ctev cast untuk kali pertama. selepas 4 kali cast barulah berjumpa dengan doktor lagi untuk melihat keadaan kaki baby.. macamtu lah prosedur yang dilakukan... setiap minggu, mama perlu ke hospital untuk melakukan ctev cast. kaki baby di betulkan kedudukannya, kemudian disimen... 

sepanjang disimen, baby tidak menangis... mama tahu, baby ctev adalah baby yang kuat. walaupun kakinya bersimen, baby masih boleh lagi mengangkat kakinya tinggi2.. baby masih lagi boleh hentak-hentak kaki dia... hihi nasib baik tidak pecah. sekarang (ketika saya menulis, sudah 4 kali casting). menurut MA yang menyimen kaki baby itu, sepatutnya rawatan dilakukan seawal mungkin.  ketika baby berusia 2 minggu.. tapi kami melakukan pada usia baby 55 hari.. baby dah besar dan dah pandai bergerak-gerak.. Semoga baby mama cepat pulih,, mama yakin dia boleh pulih.. tapi perjalanannya masih panjang.. selepas bersimen, ada lagi method yang perlu dilalui baby ctev ni.. mereka memang kuat dan luarbiasa. semuanya akan mama ceritakan pada nukilan yang akan datang..
Jika baby ini tidak dirawat, maka keadaan kaki itu akan kekal dan jika sudah besar, rawatannya memerlukan dibedah dan meninggalkan parut pada kaki tersebut. sebabtu lah rawatan ketika baby yang sebaiknya.. walaupun ada orang akan pelik kenapa baby mama kakinya disimen? ada yang tanya, baby ni jatuh ke? ada yang tanya kaki baby ni patah ke? biasanya mama senyum sahaja dan bagitau nak betulkan kaki baby sebab masa lahir dia masuk ke dalam.. dan satu lagi yang mama perlu tempuhi adalah orang akan membuat macam-macam teori apa punca baby ni jadi begini. ada yang kata mama asyik tidur mengiring.. hehe ni mama nak tergelak yang buat teori ni.. nampak sangat kurang ilmunya. kesian... sebenarnya, mama cuma percaya pada kuasa Allah s.w.t. dah Allah nak bagi, bila2 masa dia akan bagi. tu namanya Qada' dan Qadar. bukan sebab kenan, bukan sebab tidur mengiring, bukan sebab pakai seluar dan baju ketat. lagipun mama bukannya pemakai baju dan seluar ketat.. lagipun dalam Islam memang disuruh tidur mengiring dan ibu mengandung memang mengiring cara tidurnya ye.. Jadi, mama fikir positif ini adalah ketentuan Allah dan mama perlu berusaha untuk memulihkan baby mama... supaya kembali pulih normal seperti kanak-kanak lain.. untuk baby, janganlah kamu bersedih kerana sedikit sahaja ujian untukmu.. ramai lagi orang yang Allah beri ujian yang begitu berat... 

itulah ctev. tapi baby mama mild ctev dan cuma kaki kanan sahaja.

ini splint yang dibuat oleh juru terapi. masa ni usia baby 9 hari...

baby usia 9 hari memakai splint

lama-lama tak muat.. sebab baby cepat besar....

dah sebulan pakai, tapi masih sama macam tu...

cast untuk kali yang pertama



3 ulasan:

  1. Memang Allah sedang menguji.
    Itulah baiknya kalau orang suka membaca.
    Semoga cucu sedara atuk ni sihat dan membesar seperti kanak-kanak yang lain.

    Artikal ini boleh membantu ibu-ibu atau bapa yang anaknya mempunyai masalah yang sama.

    Pak Lang juga telah mendapat pengalaman dan ilmu yang baru.

    BalasPadam
  2. Salam. Mohon share fb atau ig puan. Boleh share pengalaman. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. fb, Umi kalsom ibrahim
      tp tak de byk cerita pasal kaki anak sgt ;)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...