terima kasih sahabat

Sabtu, 4 Disember 2021

Ulang tahun perkahwinan yang ke 10 tahun : Alhamdulillah





 Alhamdulillah, pada 20 November 2021 genaplah usia perkahwinan kami selama 10 tahun. Syukur, Allah warnai kehidupan kami dengan tiga cahaya mata (setakat ini) 🙂. 

Semoga Allah swt kurniakan rahmat dan kasih sayangnya buat kami sekeluarga. Ya Allah, jadikan kami suami isteri dan anak2 yang menjadi penyejuk mata buat kami, dan jadikanlah kami dalam kalangan hambamu yang bertaqwa. Amin ya Allah. 

Sempena tahun ke 10 ni, kami meraikannya di Pantai Desaru, Malaysia. Syukur, Allah swt beri kesempatan. 

Terima kasih mak ayah, suami dan anak2. semoga kita bersatu di syurga nanti. Doakan kami ya ❤️ 🤲

Akhir hayat mak usu esah : Allah ampunkan dia.. Aminn

Ketika almarhumah baru keluar dari hospital.
Ketika almarhumah berada di wad kerana pembedahan membuang daging2 yang telah busuk di kaki akibat digigit kucing. 

Peristiwa berlaku pada bulan April 2018. 
Akhirnya, pada awal bulan Mei 2018 makusu meninggalkan kami semua. Kalau tak silap, hari pengumuman keputusan PRU 14. 
Al fatihah untuk almarhumah Fadhilah binti Atan. Moga Allah ganjari dengan syurga. Aminn ya Allah swt
 

Isnin, 5 April 2021

PERCUTIAN PERTAMA SELEPAS 2 KALI PKP

 Assalamualaikum 🌤😍☀️

🦋 seperti yang semua sudah maklum, negara dan dunia mengalami pandemik covid 19. negara Malaysia telah melaksanakan PKP, PKPB, PKPP, PKP 2.0 dan sekarang negeri johor adalah PKPB.


🦀 PKP bermula bulan Mac 2020. maka pergerakan kami terbatas. Kami tidak dapat kemana-mana. sedih sangat.. 

🐬 Namun begitu, kami berayukur kerana Allah masih memberri pelbagai nikmat antaranya nikmat makan yang melimpah ruah, masa lapang yang senggang, serta nikmat- nikmat yang lain.


🐳 Kelmarin, 28 Mac 2021 dan 29 Mac 2021barulah kami berkesempatan bercuti bersama keluarga kecil kami. Masih belum boleh merentas negeri.. hanya mampu merentas daerah Kulai, Kota Tinggi dan Mersing. 


🐠 Alhamdulillah Allah beri peluang ke pantai Jason Bay, dan pantai Tanjung Leman. Kami bermalam di Jason Bay 1 malam sahaja. Pada waktu pagi, dapatlah kami melihat matahari terbit dari ufuk timur. Subhanallah MasyaAllah Tabarakallah. ❤️🌤☀️

tepi pantai tanjung leman, mersing. 

waktu pagi di Jason Bay, sedili.

di hadapan pantai di teluk mahkota sedili

pantai tanjung leman.. seberang sana pulau tinggi katanya
pantai tanjung leman Mersing

suasana matahari terbit di Jason Bay. saya suka melihat kebesaran Allah ini. dengan kicauan burung yang sedang mencari makan.. bunyi kapal terbang yang tinggi. memecah kesunyian pagi... Rindu..

depan pantai jason bay

depan chalet menghadap pantai jason bay 

Semoga Allah beri kesempatan lagi.. Aaminn.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...