terima kasih sahabat

Isnin, 5 April 2021

PERCUTIAN PERTAMA SELEPAS 2 KALI PKP

 Assalamualaikum 🌤😍☀️

🦋 seperti yang semua sudah maklum, negara dan dunia mengalami pandemik covid 19. negara Malaysia telah melaksanakan PKP, PKPB, PKPP, PKP 2.0 dan sekarang negeri johor adalah PKPB.


🦀 PKP bermula bulan Mac 2020. maka pergerakan kami terbatas. Kami tidak dapat kemana-mana. sedih sangat.. 

🐬 Namun begitu, kami berayukur kerana Allah masih memberri pelbagai nikmat antaranya nikmat makan yang melimpah ruah, masa lapang yang senggang, serta nikmat- nikmat yang lain.


🐳 Kelmarin, 28 Mac 2021 dan 29 Mac 2021barulah kami berkesempatan bercuti bersama keluarga kecil kami. Masih belum boleh merentas negeri.. hanya mampu merentas daerah Kulai, Kota Tinggi dan Mersing. 


🐠 Alhamdulillah Allah beri peluang ke pantai Jason Bay, dan pantai Tanjung Leman. Kami bermalam di Jason Bay 1 malam sahaja. Pada waktu pagi, dapatlah kami melihat matahari terbit dari ufuk timur. Subhanallah MasyaAllah Tabarakallah. ❤️🌤☀️

tepi pantai tanjung leman, mersing. 

waktu pagi di Jason Bay, sedili.

di hadapan pantai di teluk mahkota sedili

pantai tanjung leman.. seberang sana pulau tinggi katanya
pantai tanjung leman Mersing

suasana matahari terbit di Jason Bay. saya suka melihat kebesaran Allah ini. dengan kicauan burung yang sedang mencari makan.. bunyi kapal terbang yang tinggi. memecah kesunyian pagi... Rindu..

depan pantai jason bay

depan chalet menghadap pantai jason bay 

Semoga Allah beri kesempatan lagi.. Aaminn.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...