terima kasih sahabat

Ahad, 3 Oktober 2010

Tip Membuat Keputusan

pernahkah anda bingung dalam membuat keputusan? di sini disebutkan beberapa petua yang cukup praktikal untuk diamalkan ketika membuat keputusan dalam pilihan.

PERTAMA: SOLAT ISTIKHARAH
Solat istikharah patut menjadi parioriti orang muslimdalam membuat sebarang keputusan. tidak semua perkara yang diinginkan oleh kita adalah yang terbaik buat kita dan tidak semua peerkara yang tidak kita sukai membawa mudarat. hanya Allah s.w.t yang tahu apa yang terbaik buat kita. ini dijelaskan lagi dengan firmanNya yang bermaksud:
" dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk pada kamu. dan ingatlah, Allah jualah Yang Maha Mengetahui semuanya itu, sedangkan kamu tidak mengetahuinya " ( Surah AL-Baqarah 2: 216 )


KEDUA : MUSYAWARAH
Musyawarah, suara bermesyuarat atau diskusi amat penting. satu akal yang bersuara membuat keputusan sama sekali tidak sama dengan suara majoriti atau yang kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat membuat keputusan sematang mereka yang berilmu dan mempunyai pengalaman hidup yang banyak. oleh sebab itu, mintalah pendapat orang soleh, ilmuan atau mereka yang lebih berumur daripada kita seperti ibu bapa dalam membantu kita membuat keputusan.

KETIGA : DENGAR KATA HATI
hati juga boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan. tetapi perlu bersyarat. bukan sebarang hati yang kita boleh dengar kehendaknya. hanya hati yang cintakan Allah dan Rasul yang layak dipertimbangkan. oleh itu, dengarlah kata hati selepas solat terutamanya selepas solat fardhu, solat taubat atau solat istikharah serta ketika sedang berpuasa.

pesanan: tip yang diberikan tidak boleh diamalkan bagi membuat keputusan dalam soal mematuhi arahan Allah dan menjauhi laranganNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...