💖Bismillahirrahman nirrahim💖
💜Post ini adalah hanya untuk berkongsi maklumat berkaitan ctev / clubfoot / talipes.
💕Saya bukan lah doktor tetapi saya mula mencari ilmu ini setelah anak saya dikatakan mild ctev. Hanya sedikit sahaja pengetahuan saya mengenai ini berbanding pakar tulang kanak-kanak yang betul betul pernah mengendalikan masalah clubfoot . Saya menyatakan demikian adalah kerana berdasarkan pengalaman saya sepanjang saya merawat anak saya.
💙Sebenarnya, ctev pun ada berbagai - bagai jenis, ada yang ke dalam, ada yang ke luar, ada sebelah kaki sahaja, ada ke dua-dua belah kaki. semua itu ada istilahnya tetapi saya tak menghafalnya pun.. hihi. Ada orang bernasib baik , dengan hanya mengurut sendiri, kaki anak itu boleh pulih dengan sendirinya dengan pengharapan besar kepada Allah SWT. Ada juga yang merawat sendiri tetapi keadaan anak itu berjalan ada sedikit kelainan. Ada juga yang membiarkan anak itu berkeadaan sedemikian sehingga anak itu besar. ( ini sangat kesian .. kesian kat anak.. kenapa ibu bapa itu sanggup buat begitu ) Ada kanak-kanak yang sudah berusia 8 tahun baru maknya bawa ke hospital kerana anaknya jalan menjinjit. Ada kanak-kanak yang umurnya 10 tahun tapi ibunya biarkan kaki anaknya terbalik. Sungguh sedih melihat dan mendengarnya. Sebagai ibu bapa, tolonglah alert dengan masalah anak. Anak itu amanah Allah swt. Perkara yang boleh diubati, cubalah berusaha. Sepertimana kata Nabi SAW mafhumnya, "semua penyakit ada ubatnya kecuali tua / mati". Ada riwayat kata tua, ada riwayat kata mati.
💕Saya menulis semua ini berdasarkan pengalaman saya. Setiap minggu saya ke hospital . Setiap minggu saya berjumpa M.A. Setiap minggu saya berjumpa orang yang bermacam ragam. Setiap 2 kali cast saya berjumpa M.O. Sewaktu menunggu giliran di panggil doktor itulah kami akan berkongsi pengalaman bersama-sama orang yang mempunyai masalah kaki.
💚Setiap kali saya bawa anak saya ke hospital untuk berjumpa doktor, mesti ada seseorang yang akan bertanya keadaan anak saya. bila saya bercerita, Mereka juga pasti bercerita tentang pengalaman anak sendiri, anak jiran, anak kawan dan orang yang mereka kenal yang menghadapi masalah clubfoot. Setiap orang, rezekinya berlainan, ada yang merawat sendiri, anaknya sudah pulih. Ada yang berulang alik hospital barulah anaknya akan pulih.
💛Sebenarnya, hospital yang rawat anak saya ini tiada pakar tulang kanak-kanak. Yang ada hanyalah pakar tulang biasa. Sebaiknya, CTEV dirawat oleh pakar tulang kanak-kanak. Setelah saya bertanya, hospital terdekat yang mempunyai pakar tulang kanak-kanak adalah Hospital Kuala Lumpur. Sebab itulah tidak hairan apabila ada baby yang dicast kakinya sehingga lebih dari 20 kali. Sebenarnya, kalau ikutkan ponsetti method, paling banyak tempoh cast adalah 8 kali. dan rawatan seawal usia baby 2 minggu. Tapi, macam saya cakap tadi, semua ini bergantung dengan rezeki. Ada baby yang kakinya boleh betul dalam masa yang singkat. dan ada baby yang kakinya boleh betul dengan mengambil masa yang lama atau panjang. Ini jika dirawat di hospital biasa. tetapi kalau betul2 dirawat oleh pakar tulang kanak-kanak, tempohnya sehingga 6 kali sahaja.
💟Setiap kali selepas dibuka cast itu, sebaiknya ambil gambar untuk melihat perubahan terhadap kaki tersebut. ambillah gambar tapak kaki dan gambar kaki dari sisi tepi. Doktor juga akan memberi skor pada setiap elemen- elemen yang ada. Saya suka bertanya dengan doktor, berapa skor yang anak saya dapat. Ada doktor yang tak nak bagitau, dia kata, nanti saya pening. saya bagitau doktor, saya nak tau sebab saya dah baca tentang ponseti method. sekiranya skor itu 0, bermaksud normal. sekiranya 0.5 bermaksud abnormal ringan. sekiranya 1 bermaksud abnormal berat. Segala elemen skor ini akan dicampur dan akan dapat jumlah skor. Semua ini doktor tidak akan terangkan . tapi saya mengetahuinya melalui pembacaan berkaitan kaedah rawatan ponsetti.
💘Mengikut kaedah rawatan ponsetti, kaki anak itu akan dicast atau disimen. Step kedua adalah tenotamy iaitu operation sedikit untuk memotong urat tendon (tidak semua baby. ianya mengikut keadaan dan keperluan. Jika tidak perlu, tenotamy tidak akan dilakukan) dan step ketiga adalah bnb iaitu boot and bar iaitu, baby tersebut akan memakai kasut khas yang mempunyai bar dalam tempoh waktu tertentu. Tempoh dan masa tertentu pemakaian ini pun tak semua doktor tahu. Saya berkata demikian kerana, selepas anak saya disuruh BnB, saya pun bertanya dengan doktor, berapa lama nak pakai. Doktor itu pun pegang enset n sibuk bersembang dalam aplikasi whatsapp. saya cakap, saya tanya ni doktor... pastu dia kata, saya tengah tanya kawan. hmm tapi tak pelah, saya maafkan sebab dia doktor pelatih. kemudian bila doktor lain dtg, saya tanya lagi, berapa lama nak pakai? dia cuma jawab selama 3 tahun. Saya tak puas hati, saya tanya lagi, dalam sehari nak pakai berapa jam? barulah doktor tu bagitau.. Hmm sebab tulah kita kena cari ilmu dahulu. Tak semua doktor bagitau kita. Tapi pelik juga, kenapa dia tak nak terangkan betul-betul .
💓Alhamdulillah, anak saya sudah lepas melalui fasa pertama dan sekarang melalui fasa yang ketiga. Semoga saya dapat melalui fasa ini dengan mudah. Cabaran sebenarnya untuk melalui fasa ini Banyak pengalaman yang dimiliki yang tidak dimiliki oleh semua ibu di dunia ini. Di samping itu, pengharapan besar hanyalah kepada Allah SWT yang berkuasa memulihkan. Kaedah ini hanyalah sebahagian kecil dari usaha saya. Selebihnya, Allah SWT lah yang memulihkan. Bersabarlah sayang, mama ada satu memori atau satu cerita yang cukup indah untuk kita kenang bersama bila kamu besar nanti. :)
ini lah dia doktor ponseti Gambar sumber dari Google |
jenis ctev. ni kaki orang dah besar jika tidak dirawat. gambar kaki baby saya pernah post sebelum ini. rujuk post sebelum. Gambar dari google |
step 1 ponseti method : cast gambar sumber dari google |
skor yang diberi setiap kali buka cast dan berjumpa doktor. (ponseti method) Gambar sumber google |
step 2 tenotamy (sekiranya perlu sahaja) Gambar sumber google |
rumusan dari cara rawatan ponseti . Ponseti tu sebenarnya nama orang. Orang yang mencipta kaedah rawatan ini. kalau dia hidup lagi, umurnya sudah 100 lebih Gambar sumber dari google |
detail tentang tenotamy Gambar from google |