terima kasih sahabat

Isnin, 20 November 2017

Musolla Ar-Rashidin SMK Suria Perdana 2017

Musolla Ar- Rashidin SMK Suria Perdana telah mula beroperasi sejak sekolah ini dibuka iaitu pada tahun 2013. Mengikut perjanjian bersama pemaju, kami tidak dibenarkan memaku, mengecat dinding sekolah dalam tempoh 5 tahun. Sebab itulah jika sesiapa yang datang ke SMK Suria Perdana akan berasa pelik melihat fizikal sekolah ini yang putih sahaja . :)

Pada akhir Oktober 2017, tiba-tiba musolla Ar-Rashidin SMK Suria Perdana telah terpilih dan dipilih oleh PPD Batu Pahat untuk mewakili daerah Batu Pahat ke perigkat negeri dalam kategori Musolla dalam bangunan. Penilaian akan dilakukan pada 6 November 2017. Bayangkan perasaan saya selaku setiausaha Musolall Ar-Rashidin untuk menghadapi situasi begini. Musolla akan dinilai dalam tempoh seminggu sahaja masa untuk kami membuat persediaan.  Alhamdulillah.. setelah berbincang dengan pengetua, pengetua mencalonkan beberapa nama guru dan pembantu makmal untuk sama - sama membantu saya menceriakan musolla Ar-Rashidin. Tugas saya adalah melengkapkan 5 buah fail yang berupa fail pentadbiran dan fail laporan-laporan aktiviti musolla.

Di sini saya sertakan gambar-gambar sebelum dan selepas aktiviti gotong royong keceriaan musola.

Gambar sebelum gotong royong.

Hall atau ruang solat jemaah lelaki

bilik wuduk wanita

ruang solat jemaah wanita

tabir/ penghadang antara ruang solat lelaki dan wanita


pintu masuk musolla

selepas diceriakan

luar musolla

ruang solat jemaah lelaki

ruang solat jemaah wanita

tabir / penghadang antara jemaah lelaki dan wanita

ruang luar

pintu masuk

ruang bacaan

tempat laluan

mini library

mini library


bilik wuduk

bilik wuduk

bilik wuduk

pemantau sedang menyemak fail


Terima kasih kepada semua yang mengerah tenaga berusaha menceriakan dan mencantikkan musolla ini. Hanya Allah swt sahaja yang mampu membalasnya. Tapi sebenarnya pembahagian markah untuk keceriaan hanyalah 17% berbanding markah-markah aktiviti dan pentadbiran. 

pembahagian markah anugerah surau imarah


Semoga dengan usaha ini dapat meningkatkan lagi semangat kita untuk menceriakan dan mengimarahkan musolla ini. Banyak lagi yang perlu diwujudkan sebenarnya conothnya sudut pameran , doa-doa yang ditampal di sekeliling musolla supaya dapat mengisi jiwa atau rohani pelajar. InsyaAllah, tahun hadapan kami akan meningkatkan lagi mutu serta kualiti musolla ini.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...