terima kasih sahabat

Jumaat, 31 Disember 2010

Hati yg sempurna

Pada suatu hari, seorang pemuda berdiri di tengah kota dan menyatakan bahawa dialah pemilik hati yang terindah di kota itu. Banyak orang kemudiannya berkumpul dan mereka semua mengagumi hati pemuda itu, kerana memang benar-benar sempurna. Tidak ada satu cacat atau kerosakan sedikitpun di hati pemuda itu. Pemuda itu sangat bangga dan mulai menyombongkan hatinya yang indah.
Tiba-tiba, seorang lelaki tua bersuara dari kerumun orang ramai, tampil ke depan dan berkata

"Sebenarnya hatimu masih belum seindah hatiku ".
Orang ramai dan pemuda itu melihat pada hati lelaki tua itu. Hati lelaki tua itu berdegup dengan kuatnya, namun penuh dengan bekas luka, dimana ada bekas potongan hati yang diambil dan ada potongan yang lain ditempatkan di situ; namun tidak benar-benar kemas dan ada sisi-sisi potongan yang tidak rata. Bahkan, ada bahagian-bahagaian yang berlubang kerana dicungkil dan tidak ditutup kembali.

Orang ramai itu tercengang dan berpikir, Mengapa lelaki tua itu mengatakan bahawa hatinya lebih indah ?
Pemuda itu melihat lelaki tua itu dan memperhatikan hati yang dimilikinya dan tertawa

"Pakcik pastinya bergurau", katanya.
"Bandingkan hatimu dengan hatiku, hatiku sangatlah sempurna sedangkan hatimu tak lebih dari kumpulan bekas luka dan goresan".
"Ya", kata lelaki tua itu,

" Hatimu kelihatan sangat sempurna meski demikian aku tak akan menukar hatiku dengan hatimu. Lihatlah, setiap bekas luka ini adalah tanda dari orang-orang yang kepadanya kuberikan kasihku, aku merobek sebahagian dari hatiku untuk kuberikan kepada mereka, dan seringkali mereka juga memberikan hati mereka untuk menutup kembali hati yang telah kuberikan.
Namun hanya kerana setiap robekkan hati itu tidaklah sama, ada bahagian-bahagian yang kasar, yang sangat aku hargai, kerana itu mengingatkanku akan cinta kasih yang telah bersama-sama kami miliki.

Adakalanya, aku memberikan potongan hatiku begitu saja dan orang yang kuberi itu tidak membalas dengan memberikan potongan hatinya. Perkara itulah yang meninggalkan lubang-lubang robekkan yang hanya satu kesempatan dan tidak kesampaian.

Meskipun bekas robekkan itu menyakitkan, mereka tetap terbuka, itulah yang mengingatkanku akan cinta kasihku pada orang-orang itu, dan aku berharap, suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lubang-lubang itu. Sekarang, tahukah engkau sesungguhnya keindahan hati itu?"

Pemuda itu berdiri membisu dan airmata mulai mengalir di pipinya. Dia berjalan ke arah lelaki tua itu, menggapai hatinya yang begitu muda dan indah, lalu merobeknya sepotong.

Pemuda itu memberikan robekkan hatinya kepada lelaki tua dengan tangan-tangan yang gementar. Lelaki tua itu menerima pemberian itu, menaruhnya di hatinya dan kemudian mengambil sedikit cebisan dari hatinya yang sudah amat tua dan penuh luka, kemudian menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu. Cebisan itu menutupinya, tetapi tidak sempurna, kerana ada permukaan yang tidak sama rata.

Pemuda itu melihat ke dalam hatinya, yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, kerana cinta kasih dari lelaki tua itu telah mengalir ke dalamnya. Mereka berdua kemudian berpelukan dan berjalan beriringan.

Jumaat, 17 Disember 2010

pesan aizat.

Pejamkan mata mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya
...
Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini ( 7x )

Ahad, 10 Oktober 2010

resepi rini..

sebenarnya hari ni nak masak resepi nie..

laksa penang

tp x jd.... sbb dah x de mood... emm lain kali la buat...


Ahad, 3 Oktober 2010

Tip Membuat Keputusan

pernahkah anda bingung dalam membuat keputusan? di sini disebutkan beberapa petua yang cukup praktikal untuk diamalkan ketika membuat keputusan dalam pilihan.

PERTAMA: SOLAT ISTIKHARAH
Solat istikharah patut menjadi parioriti orang muslimdalam membuat sebarang keputusan. tidak semua perkara yang diinginkan oleh kita adalah yang terbaik buat kita dan tidak semua peerkara yang tidak kita sukai membawa mudarat. hanya Allah s.w.t yang tahu apa yang terbaik buat kita. ini dijelaskan lagi dengan firmanNya yang bermaksud:
" dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk pada kamu. dan ingatlah, Allah jualah Yang Maha Mengetahui semuanya itu, sedangkan kamu tidak mengetahuinya " ( Surah AL-Baqarah 2: 216 )


KEDUA : MUSYAWARAH
Musyawarah, suara bermesyuarat atau diskusi amat penting. satu akal yang bersuara membuat keputusan sama sekali tidak sama dengan suara majoriti atau yang kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat membuat keputusan sematang mereka yang berilmu dan mempunyai pengalaman hidup yang banyak. oleh sebab itu, mintalah pendapat orang soleh, ilmuan atau mereka yang lebih berumur daripada kita seperti ibu bapa dalam membantu kita membuat keputusan.

KETIGA : DENGAR KATA HATI
hati juga boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan. tetapi perlu bersyarat. bukan sebarang hati yang kita boleh dengar kehendaknya. hanya hati yang cintakan Allah dan Rasul yang layak dipertimbangkan. oleh itu, dengarlah kata hati selepas solat terutamanya selepas solat fardhu, solat taubat atau solat istikharah serta ketika sedang berpuasa.

pesanan: tip yang diberikan tidak boleh diamalkan bagi membuat keputusan dalam soal mematuhi arahan Allah dan menjauhi laranganNya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...