terima kasih sahabat

Sabtu, 19 Disember 2009

catatan hari ini




hari2 terakhir sessi persekolahan 2009.. sekejap je da setahun....

pelajar yg betul2 nak belajar jawi... Alhamdulillah...

cuti sekolah, hampir ke penghujungnya.... namun saya masih tidak terasa kehangatan cuti tersebut.. ini kerana, saya baru sahaja 4 hari pulang ke kampung untuk bercuti.. 3 minggu cuti sekolah saya telah dihabiskan di pasir gudang.. Aduh.. bosan sungguh di sana.. tak banyak aktiviti yang dapat saya lakukan.. walaupun seronok mendapat pengalaman menjadi pengawas SPM, tetapi kebosanan nya yang mengungguli saya segalanya....

saya tinggal seorang diri di rumah.. melayan diri seorang.... melayan diri sendiri.. nasib baik ada internet..dapat mengisi ruang kekosongan hidup saya... namun, saya tidak juga mengupdate blog ini kerana banyak meluangkan masa bermain game di facebook... hehe :)

sempena menyambut awal muharam ini, saya ingin berkongsi ilmu kepada semua pembaca umumnya dan kepada sekalian umat Islam khususnya.... ini kerana, jika saya tidak menyampaikan apa-apa wasiat kepada pembaca, saya rasa seperti ada kekurangan dalam blog ini...

wasiat saya pada hari ini..... :

Assalamualaikum
Hanya Ingin Mengingatkan

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

"Ada 4 di pandang sebagai ibu", iaitu:

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur'an:

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zohor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

saya: sama-samalah kita mengambil peringatan... sempena tahun baru hijrah ini, diharap kita semua dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik... kita perlu berusaha, Allah yang menentukan segalanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...