minggu ini merupakan saki baki penghabisan cuti akhir tahun bagi pelajar-pelajar sekolah setelah lebih sebulan bercuti, merehatkan minda dan fizikan... namun cuti saya hanyalah lebih kurang 2 minggu sahaja.. saya tidak terasa cuti sekolah kali ini kerana cuti sekolah saya banyak dihabiskan di Pasir Gudang kerana menjadi pengawas SPM... namun, saya bersyukur kerana diberi kesempatan waktu untuk bercuti bersama keluarga di Pulau Pangkor selama 3 hari... kami sekeluarga telah ke pulau pangkor daripada 22.12.09 hingga 25.12.09... kami berasa puas untuk percutian akhir tahun kami pada kali ini...
semasa berada di pulau pangkor, banyak kenderaan yang telah kami naiki sebagai transpot kerana kereta di tinggalkan di tempat parking kereta.. kami menunggang motosikal kapcai, teksi pangkor (bentuknya adalah van), bot dan feri... cuma basikal kami x sempat nak tunggang... :) yang paling best sekali adalah ronda2 pulau dengan menaiki motorsikal... k.noni menyewa 4 buah moto dengan harga RM10 sebuah selama 3 jam... terasa lawak menaiki motorsikal tersebut..bukan setakat buruk, tapi helmet yg dibekalkan menyebabkan kami tertawa terbahak-bahak apabila melihat ahli keluarga yg lain memakainya...
suatu kepuasan bagi saya juga meronda-ronda dengan menunggang motosikal.. saya hanyalah sebagai pembonceng kerana saya tidak pandai menunggang motosikal.. saya membonceng bersama adik saya zharif, din membawa ayah, abg pie membawa mak dan k.noni membawa anaknya 2 org.. kesemua sekali 4 buah moto.. pulau pangkor kecil sahaja... jalan pun kecil, walaupun kecil, tiada kesesakan lalulintas di sini kerana pengangkutan utama mereka adalah motosikal...
macam2 aktiviti yang kami lakukan selama 3 hari di sini.. rasa seperti tidak mahu pulang... hehe tapi apakan daya ini hanyalah sekadar mengisi waktu cuti persekolahan kami.. orang kata, sesekali release tension.. kalo berkerja sahaja tak henti2 tension juga kan...
kami pulang semula ke kampung pada hari jumaat malam.. tepat jam 10malam kami sampai di rumah.. saya memandu dari gopeng ke tapah dan dari rawang ke air hitam.. sekadar berkongsi bersama pembaca, saya ingin menyatakan pengalaman saya sepanjang memandu di haighway haritu.. saya ingin menyatakan sikap pemandu bas di malaysia ini.. baru sahaja nahas bas sani ekspress berlaku yg menyebabkan kematian 10 jiwa yg tidak bersalah.. apa yg ingin saya kongsi di sini adalah, sikap pemandu bas yang suka membawa terlalu laju dan seperti tidak menghiraukan kenderaan lain.. saya tahu dia besar, tapi dia tidak mahu mengalah... contohnya membawa melebihi had laju yg sebenarnya... ini kerana ketika saya memandu dalam kelajuan 120 atau 130, masih ade bas yang memotong kembali saya setelah saya memotong dia... huh.. memang tak mahu mengalah bas nie.. dah la bawa nyawa yang banyak, besar, tidak mahu berhati2 pula... ermmm saya hentikan perkongsian saya setakat itu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan