terima kasih sahabat

Selasa, 24 Januari 2012

FADHILAT AYAT 1000 DINAR


Hari ini saya ini ingin berkongsi dengan pelawat2 sekalian iaitu berkaitan dengan ayat seribu dinar. Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3 :
Firman Allah SWT yang bermaksud :
{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.
Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Walaubagaimanapun, disini ada beberapa petua untuk diamalkan supaya kita dapat murah rezeki, kalau bekerja lekas naik pangkat, kalau berniaga dapat untung yang banyak.
  1. Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh.
  2. Amalkan solat sunat qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu subuh).
  3. Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat (zaman sekarang ni ramai yang gagal dalam menunaikan solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat Jumaat).
  4. Amalkan membaca Ayat 1000 Dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan sebelum tidur. Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya orang-orang yang mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini. Subhanallah..
  5. Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin.
  6. Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah.
  7. Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki. Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur).
  8. Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berselawat keatas Nabi dan beristighfar serta memohon keampunan untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat.
Alhamdulillah, saya sentiasa amalkan ayat 1000 dinar ini semenjak di bangku sekolah, saya sangat bersyukur kepadaNYA kerana saya sentiasa diberikan kemudahan olehNYA. di samping itu, jangan lupa juga untuk menunaikan solat dhuha. Insya Allah, jika berkesempatan nanti, saya post pula tentang fadhilat solat dhuha. 
Sumber: shamfariz.blogspot.com
disunting : saya :)

E G TUKAR

sudah 4 kali saya memohon e g tukar ( sistem pertukaran guru secara online ). saya berharap rezeki saya ada pada tahun 2012 nie kerana sebelum ini alasan saya seperti tidak cukup kukuh...

tetapi.. mampukah saya? dengan keadaan sekolah yang tidak cukup guru pendidikan Islam buat masa sekarang ini. untuk pembukaan tahun 2012, kami guru-guru P.Islam hanyalah seramai 5 orang sahaja dengan jumlah pelajar seribu orang yang majoritinya beragama Islam. bayangkan, dalam seminggu kami diberi masa 36 masa untuk seminggu... Allah... Dia sahaja yang tahu perasaan kami.. demi anak bangsa, mengajar dan mendidik ilmu akhirat ini, kami redha... tapi iman saya yang senipis kulit bawang ini, kadang2 mengeluh juga.. kepenatan..

Allah.. Allah... Allah...... mudah2an Allah beri kami kemudahan untuk mendidik anak2 kami...

Alhamdulillah, selepas cuti tahun baru cina nanti, jadual berubah,.. insya Allah, ada masa untuk bernafas sedikit..

~~ masih mengharapkan keredhaanNya dan berkatilah usaha ku ini ~~~

:: OST OMBAK RINDU :: ~~~~LIRIK ~~~~ VERSI ISLAMIK

:: Ombak TAUBAT::
- OST ombak rindu versi islamik-

Allah tolong lembutkan hati ku
Untuk terima islam sebenar2nya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Terus hidup dengan dosa dunia

Allah aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hati aku ‘tuk cintaMU

Allah kau berilah petunjuk
Untuk diri kami yang jauh dariMU
Agar kami tidak berpaling
Selalu rasa ada cintaMu

Allah terimalah taubatku
Yang menyesal jauh dariMu
Agar aku tidak terseksa
Tanpa cinta Kamu di akhirat sana

Hanya mampu berdoa
Moga Kau terima taubatku

Allah tolong lembutkan hati ku
Untuk terima islam sebenar2nya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Terus hidup dengan dosa dunia

P/S: sama2 lah kita hayati & renungkan..^^

Sabtu, 7 Januari 2012

majlis perkahwinan umi dan amin

sekitar majlis perkahwinan saya  a.k.a umi pada 20 november 2011 lalu...
ok.. korang bole la layan...


sedang bergaya dalam terpaksa...
hehe

sedang menunggu arahan sebab terlalu kejung..
hihi

sebahagian rakan smktpr yg hadir....
yang datang awal x sempat pulak nak bergambar macam nie...
syukran semua......
=)

sebelum akad..


sesaja berangan..
hahahahaha

Selasa, 3 Januari 2012

sesi persekolahan 2012.

insya Allah, esok bermulalah sesi persekolahan 2012. tahun ni, saya mengajar 8 kelas. Pendidikan Islam tingkatan 1 sekelas, tingkatan 2 sebanyak 2 kelas, tingkatan 4 sekelas dan tingkatan 5 sebanyak 2 kelas. manakala subjek Tasawwur Islam pula, saya mengajar 1 kelas untuk tingkatan 4 dan sekelas untuk tingkatan 5. kesemua sekali, 36 masa saya mengajar dalam tahun ini. hmmm x pernah dalam sejarah mengajar 36 masa dari 44 masa. masa lapang saya hanyalah masa rehat.

tahun ini juga, tahun yang lain dari biasa bagi hidup saya... masa seperti berubah sedikit. jangan suka menangguh kerja, buat kerja secepat mungkin, kerana saya perlu bergegas pulang ke kampung untuk menyelesaikan tugas utama saya. mudah2 an Allah berkati usaha saya selama ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...