terima kasih sahabat
Jumaat, 10 Februari 2012
LEMON CHEESE CAKE
sebenarnya, saya nie hantu kek keju. walaupun dulu masa kat mesir, saya tutup hidung bila lalu bersebelahan gibnah baladi, sebab baunya yang menusuk hidung.. tak tahan saya baunya. tapi, bila kat malaysia selalu sangat teringin makan kek keju, paling kurang pun, beli kat secret resipi " cheese cake ". bila dah kawen, suami saya tak minat pulak cheese cake nie.. nak wat camne, saya kenalah telan sorang2... harap2 nanti kalau dah ada baby, baby saya pun suka makan keju agar saya ada kawan untuk makan keju.. hiiihi
ok, kat sini saya nak kongsi resepi lemon cheese cake. nyum3.
A) bahan2 lapisan keju:
500g keju krim (dipotong dadu kecil2)
100g gula castor
1/2 camca teh lemon paste
1/2 camca teh esen vanila
3 biji kuning telur
200g krim putar
30g tepung gandum
10g tepung jagung
utk meringue:
3 biji putih telur
40g gula castor
cara membuat lapisan keju:
1. putar keju krim bersama gula castor (100g), lemon paste dan esen vanila sehingga lembut.
2. masukkan kuning telur sedikit demi sedikit sambil putar.
3. masukkan krim putar
4. masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayak bersama sedikit demi sedikit. kacau rata.
5. putar putih telur bersama gula castor (40g) sehingga kental (meringue) dan masukkan ke dlm adunan tepung. kacau perlahan dengan tangan.
6. masukkan adunan di dlm acuan kek dan bakar menggunakan teknik "double boiler" (letak acuan kek di dlm dulang berisi air agar kek elok n x retak.
B) bahan pastri (dasar kek):
165g butter
85g gula castor
1/2 camca teh lemon paste
1/2 camca teh esen vanila
12 biji telur (gred B)
250g tepung gandum
100g orange marmalade (utk sapu)
cara membuat dasar kek:
1. putar butter bersama gula castor sehingga rata.
2. masukkan telur dan putar.
3. masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. canai doh dan potong bulat mengikut ukuran kek
5. cucuk permukaan pastri dgn garfu sebelum dibakar sehingga masak.
6. apabila sejuk, sapu orange marmalade pada permukaas dasar kek
7. letakkan lapisan keju di atas dasar kek dan sapu lg orange marmalade pada permukaan kek
8. hias mengikut kreativiti masing2.
slamat mencuba...^_^
this's mine..baru blaja..hehee
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan