terima kasih sahabat

Isnin, 29 Julai 2024

TEKS MIMBAR DAEI TEMA IMAN - PAHALA DI HUJUNG JARI

 

Text Box: MIMBAR DAEI LELAKI
2024
TEMA IMAN

TAJUK : PAHALA DI HUJUNG JARI

 

Bismillahirrahmanirrahim

Assalam qabla kalam “ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”

Alhamdulillahirabbil alamin, wassolatu wassalamuala asyrafil anbiyai wal mursalin

Wa ala alihi wasahbihi ajmain

 

Apa khabar semua sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Sihat ? Saya nak bawa semua sidang hadirin sekalian bayangkan kita berada dalam syurga. Cuba pejam mata sekarang. Ok-ok dah semua boleh buka mata. Nanti tertidur payah pula ya.. siapa yang nak dengar tazkirah saya pula

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian, tahukah tuan puan bahawa orang beriman telah dijanjikan untuk berada di dalam syurga Allah di akhirat nanti. Syurga yang penuh dengan kenikmatan yang tidak dapat kita bayangkan dengan hanya menutup mata sahaja. Jadi, macamna kita nak pastikan iman kita sentiasa bertambah , iman kita sentiasa meningkat, iman kita sentiasa berada di jalan yang betul supaya kita dapat masuk ke syurga? Jadi, saya bawakan tazkirah kita pada hari ini yang bertajuk “Pahala di hujung Jari “ Mudah-mudahan, dengan tazkirah ini kita semua tergolong dalam golongan yang dijanjikan dalam syurga.

 

Tuan-puan, kita berada di zaman globalisasi. Mudah sangat nak dapat pahala. Begitu juga mudah sangat nak dapat dosa. Saya percaya, semua dalam kalangan kita memiliki telefon pintar. Saya berikan formula menggunakan telefon pintar agar kita mendapat pahala dengan singkatan 3S.

S yang pertama, Sentiasa Taat dengan perintah Allah. Kita perlu taat dengan perintah Allah untuk memastikan iman kita sentiasa bertambah. Lakukanlah amalan-amalan yang soleh yang dapat mengukuhkan keimanan dan keyakinan kita kepada Alah SWT dan Rasul.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 102. Yang berbunyi :

Taburan Hasil Carian ayat Al-Quran dan Hadis Terjemahan

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan seorang muslim”

Melalui ayat ini, fahamilah bahawa setiap muslim wajib memelihara imannya daripada terbatal untuk menjamin kita masuk ke syurga Allah SWT kelak. Pada zaman sekarang, pahala amat mudah kita dapat melalui hujung jari sahaja seperti kita dapat membaca quran menggunakan aplikasi yang terdapat dalam telefon, selain itu, kita juga dapat berinfaq dengan mudah tak kira masa samaada bulan Ramadan atau pun pada hari Jumaat pun. Selain itu, kita juga boleh berdakwah melalui media sosial seperti tiktok . untuk menyampaikan perkara-perkara kebaikan.

 

Tuan-puan sekalian, mari kita menelusuri kisah rakyat Palestin yang telah diuji keimanan mereka sejak tanah mereka dijajah. Malah, serangan bermula 7 Oktober 2023 ini masih berterusan sehingga sekarang. Bayangkan tuan-tuan dan puan-puan, Mereka terpaksa menjadi pelarian di tanah air sendiri. Tiada tempat tinggal, tiada makanan tiada pakaian. Hanya orang yang kuat imannya sahaja yang mampu menghadap ujian seberat ini.

 

S yang kedua adalah Sentiasa menjauhi larangan Allah. Kita perlu menghindarkan diri kita daripada terjebak dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa.  Melalui penggunaan media sosial juga amat dekat ke arah dosa sekiranya nafsu kita tidak dikawal. seperti mudah mengeluarkan ulasan-ulasan yang boleh mendorong ke arah kemaksiatan. Sebagai contoh, namimah iaitu mengadu domba , ghibah iaitu mengumpat , sukhriyyah iaitu menghina dan istihza iaitu mempersenda.  Dengan ledakan AI, atau kecerdikan buatan ini mampu mencipta pelbagai kretiviti dan inovasi tetapi sekiranya iman kita kurang mantap, kita akan mudah melakukan perkara-perkara yang mendorong ke arah dosa. Oleh itu tuan-puan semua, marilah kit menjauhkan diri daripada melakukan larangan Allah SWT kerana Allah SWT telah berfirman dalam Surah Annur Ayat 52 yang berbunyi :

AlQuran with English Translation: surah annur ayat 51 - 60

Maksudnya : Dan sesiapa yang taat kepada Allah SWt dan Rasulnya serta takut melanggar perintah Allah serta bertaqwa kepadaNya, maka mereka itulah orang yang mendapat kemenangan.

 

S yang ketiga adalah Sentiasa menjaga hubungan silaturrahim. Ikatan persaudaraan sesama muslim umpama sebuah bangunan yang saling menyokong antara satu sama lain bagi memastikan kekuatan sesebuah bangunan itu dipelihara supaya dapat menguatkan perpaduan Islam.Walaupun secara zahirnya manusia akan kembali menemui Allah swt dalam keadaan keseorangan, tetapi seorang mukmin tetap bergantung kepada doa daripada saudara Islam untuk mendapat tempat yang baik di akhirat nanti.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Tuan-tuan kenal tak habib? Habib bin Zaid Al-Ansari adalah antara teman Rasulullah saw di syurga. Rasulullah saw pernah mendoakan agar Allah swt merahmati pengorbanan Habib dan keluarganya yang  memperjuangkan Islam. Ketika Habib dijadikan utusan untuk menyampaikan surat peringatan kepada Musailamah yang mengaku nabi, beliau telah ditangkap dan dipotong anggota badan kerana tidak mengaku Musailamah sebagai nabi. Saat Musailamah bertanya kepada habib, adakah beliau mengakui bahawa Muhammad itu utusan Allah SWT? Dan Habib mengatakan “Ya”, dan apabila Musailamah mengatakan “Adakah aku juga utusan Allah?’ Lantas dengan sinis Habib menjawab “Telinga aku pekak sehinggakan tidak mendengar apa yang engkau katakan”.

Kemarahan Musailamah bertambah lantas diarahkan pengawal yang menjaga untuk memotong pergelangan tangan Habib lantas jatuh ke bumi. Lalu ditanyakan lagi soalan yang sama, Habib tetap menjawab jawapan yang sama. Lantas dipotong lagi tubuh anggota badan Habib. Berulang-ulang kali Musailamah bertanya soalan yang sama lalu dipotong lagi anggota tubuh badan Habib sehinggalah Habib menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan tidak ada satu pun belahan pedang yang mampu memisahkan  darinya daripada beriman kepada Allah. Begitulah besarnya tahap keimanan sahabat yang benar-benar mengakui keimanan kepada Allah SWt dan kerasulan Nabi Muhammad Saw.

 

Menyedari kepentingan serta besarnya manfaat silturrahim, maka dalam Islam sorang Muslim tidak dapat dikira sempurna imannya apabila dia tidak menguhubungkan kasih sayang.  Bahkan Allah mengancam tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim.

Nabi Muhammad SAW bersabda  yang bermaksud : :”Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim “ – Hadis Riwayat Muslim.

 

Oleh itu tuan-puan sekalian, marilah kita gunakan telefon pintar yang kita ada untuk menghubungkan silaturrahim dengan cara bertanya khabar, mengambil berat dan sebagainya.

Nampaknya masa sangat mencemburui saya, saya ulang sekali lagi focus utama tazkirah kita pada hari ini ialah “Pahala dihujung Jari” melalui 3S.

Saya akhiri dengan wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikuk warahmatullahi wabarakatuh


KARANGAN DAN TULISAN:

ustazah Umi Kalsom Binti Ibrahim

SMK Suria Perdana, Batu Pahat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...