TEMA
ISLAM
TAJUK : INDAHNYA ISLAM
BILA NUR MELIMPAH DI HATI
MANUSIA ITU BANGUN
DARI ALAM KEGELAPAN
IBARAT MATA YANG BERSINAR
Bismillahirrahmanirrahim
“
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”
Alhamdulillahirabbil alamin, wassolatu wassalamuala
asyrafil anbiyai wal mursalin
Wa ala alihi wasahbihi ajmain
Apa khabar semua
sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Sihat ? Alhamdulillah, bersyukur
kita ke hadrat Ilahi kerana telah diberikan lagi ruh untuk menikmati keindahan
alam semesta yang telah dijadikan oleh Allah SWT.
Hadirin
hadirat yang dirahmati Allah sekalian, tahukah tuan puan bahawa fitrah
kejadian manusia mengakui keperluan beragama. Manusia yang mengatakan bahawa
mereka tidak memerlukan agama sebenarnya menafikan fitrah diri. Buktinya,
apabila mereka dalam kesusahan dan penderitaan, mereka pasti akan mencari tuhan
untuk memohon perlindungan dan bantuan. Jadi, saya bawakan tazkirah pada hari
ini, “INDAHNYA ISLAM”.
Firman Allah
SWT dalam Surah Al- Maidah ayat 3.
Yang berbunyi :
A’uzubillahiminas
syaitonirrajim..
ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى
وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَـٰمَ دِينًۭا ۚ
Sadaqallah al
azim
Maksudnya : “Pada
hari ini, aku telah menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah mencukupkan
nikmatku kepadamu dan aku telah redha Islam itu sebagai agama kamu”
Melalui ayat
ini, fahamilah bahawa Allah SWT membuat pengakuan dalam Al-Quran bahawa hanya
Islam agama yang benar dan diredhai. Amat rugi manusia yang tidak tetap dengan
agama Allah SWT kerana segala amalannya tidak akan diterima di akhirat kelak.
Tuan-puan yang
dirahmati Allah sekalian, Indahnya Islam ini dapat saya simpulkan apabila
Islam sesuai diamalkan oleh semua bangsa, pada semua tempat dan zaman. Islam
memenuhi segala keperluan fitrah manusia untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Ini kerana, ajaran islam adalah bersumberkan al-Quran dan hadis yang memastikan manusia tidak terkeluar dari
landasan fitrah manusia.
Allah SWT
mencipta manusia dan seluruh alam, Jadi Allah Maha Mengetahui perkara baik dan
buruk yang diperlukan oleh manusia dan alam. Maka, Allah menetapkan peraturan
tertentu sebagai batasan dan panduan yang perlu dipatuhi. Namun, Allah tetap
memberikan jalan keluar untuk membenarkan kehendak fitrah manusia disalurkan
dengan betul. Antaranya:
-
Allah swt melarang berzina tetapi
Allah membenarkan perkahwinan
-
Allah swt melarang riba,
tetapi membenarkan pinjaman, gadaian dan jual beli
-
Allah swt melarang minum
arak tetapi membenarkan minum pelbagai minuman lain
-
Allah swt melarang judi dan
rasuah tetapi mewajibkan zakat
Semua yang
dilarang Allah adalah mempunya sebab tertentu agar manusia dapat menjaga
fitrahnya sebagai seorang Islam yang benar-benar beriman kepada Allah SWT.
Tuan-tuan pernah
dengar tak kisah pengislaman Saidina Umar Bin Al-Khatttab?
Beliau seorang
pemuda yang terkenal dengan wataknya yang keras, berani dan berdisiplin tinggi.
Dahulu, beliau seorang pemuda yang amat kuat menentang dakwah Nabi Muhammad
SAW. Namun, cahaya Islam telah menembusi jiwa beliau ketika mendengar ayat-ayat
suci alquran. Begitulah hebatnya kisah pemuda yang mendapat nur Islam ini. Islam
semakin dihormati dengan kehadiran beliau. Islam semakin dimuliakan dengan
pengislaman insan hebat ini.
Nampak tak tuan
tuan dan puan-puan, melalui ayat 1-14 Surah Toha ini telah melembutkan hati
Saidina Umar r.a untuk menerima Islam. Betapa Indahnya Islam sehingga
membolehkan seorang yang keras menentang Islam, dapat menerima Islam atas izin
Allah juga.
Oleh itu
tuan-puan sekalian, marilah kita menghayati keindahan Islam ini kerana
Allah telah memberi jaminan bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar di sisinya.
.
Nampaknya masa
sangat mencemburui saya, saya ulang sekali lagi focus utama tazkirah kita pada
hari ini ialah “Indahnya Islam.
Saya akhiri
dengan wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikuk warahmatullahi wabarakatuh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan