terima kasih sahabat

Jumaat, 24 Julai 2009

ragam pelajarku ~~~ hafizzan


salam sejahtera semua... maaf kerana dah lama tak update blog nie... bukan nak kata malas, tak de mood atau yang seumpama dengannya... tapi, banyak kerja yang menunggu giliran dia akhir-akhir ini... mungkin tanggapan orang pada kerja cikgu nie mudah aje.... ajo2 pastu tanda buku... ajo2 pastu tanda buku.... padahal tidak.. banyak kerja sampingan yang perlu dibuat oleh cikgu nie.. kerja kerani , kerani kewangan, semua cikgu buat... kiranya serba boleh lah cikgu nie... he3

kalo nak kira ot, mesti boleh dapat banyak kan... ha3 mata duitan pulak...

oklah, saya nak citer pasal student saya sebenarnya..nama dia hafizan bin wagimon.. gambar dia saya dah post awal2 lg... hafizan nie seorang budak yg baik,, rajin buang sampah walaupun tak disuruh.. kalau saya suruh pelajar lain, dia dengan rela hati nak buang sampah tersebut.. sebenarnya ada mekna dia nak buang sampah tu.. nak jalan2.. saya dah faham sangat.. hafizan ne memang suka jalan..saya ade dalam kelas pun dia berjalan, kalau lepas rehat, mesti dia masuk lewat sebab dia tawaf satu sekolah...

pd suatu hari, saya masuk ke kelas.. tapi hafizan nie, dia boleh jalan2 kat kelas lain lg.. bile cikgu disiplin terjumpa dia, cikgu tu ajak masuk kelas dia.. dalam kelas, saya tersedar kehilangan hafizan.. menjadi tanggungjawab saya menjaga pelajar kelas saya semasa saya berada dalam kelas... bila saya tersedar, saya bertanya kepada pelajar lain, mana hafizan? pelajar nie kata hafizan kat kelas sebelah cikgu. saya pun menjengah kat kelas sebelah, hafizan sedang duduk dengan tekun di kelas sebelah belajar sains.. saya biarkan sahaja dia di kelas sebelah.. apabila loceng berbunyi, menandakan masa dah abis.. tetiba hafizan muncul depan saya, saya pun bertanya pada dia, hafizan,, awk kenapa? awk tak suka saya ajar awk ke? awk nak belajar ngan cikgu disiplin je ke? dia menjawab: cikgu tu panggil cikgu... erm..hafizan..hafizan awk berjalan je,

k, nntilah sambung.. nak wat keje lain.. ha3

Rabu, 15 Julai 2009

ragam pelajarku di smktpr

yusikhmal yang tak reti dok diam
tengah pekse pun dok sesuka hati...



hafizan...hafizan.. pening cikgu la....

Khamis, 21 Mei 2009

rahsia pergerakan otot dalam solat..

..RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT..
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak
1.( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.
2. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungking.
3.Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.
4. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi.
5. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain.
5. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan ain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.
6. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

tanpa tajuk tanda mogok...

kadang2 saya terfikir, knp blog nie boleh wujud.. ape motif saya..?sekadar mengisi masa lapang?buang masa?kadang2 orang wat macam diary...saya macam tak setuju sangat blog saya nie menceritakan hal diri saya...kalau boleh saya nak berdakwah, menyampaikan mesej yang dapat diamalkan oleh sesiapa sahaja yang pahalanya boleh sampai kepada saya... kerana ape? apabila saya mati kelak terputuslah segalanya melainkan 3 perkara, iaitu sedekah amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh... bila saya fikir semula, banyak mane saya dah bersedekah? mampukah saya memiliki anak yang soleh yang saya tidak tahu adakah saya sempat memilikinya... akhirnya saya memilih menyampaikan ilmu yang bermanfaat yang mana, sekiranya diamalkan oleh sesiape sahaja ilmu berguna yang saya sampaikan, insyaallah pahala itu sampai kepada saya....
wasiat saya pada hari ini adalah...
(Ilmu agama akan beransur-ansur hilang]: Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : "Bahawasanya Allah s.w.t tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia.Tetapi Allah s.w.t menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama',org ramai akan memilih org2 jahil sbg pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yg jahil itu ditanya,mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan org lain."HR Muslim.
"ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"- IBNUL QAYYIM-

Selasa, 19 Mei 2009

bulan mei

selamat hari guru kepada semua guru
dan
selamat hari ibu kepada semua ibu terutama kepada bonda tersayang Hjh Sadiah Salim
mungkin semua tertanye2 knp saye dah lame tak update blog nie... thanks kepada sesape yg sudi membacenya.. banyak sebab2 nya kalo nak diceritakan... tetapi saya menjaga lidah saya mulai semalam..saya takut akan menyebabkan hati yang terluka.. oleh itu..saya meminta maaf kepada semua yang terluka hati dek percakapan saya... hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya pada ketika ini....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...