terima kasih sahabat

Khamis, 21 Mei 2009

tanpa tajuk tanda mogok...

kadang2 saya terfikir, knp blog nie boleh wujud.. ape motif saya..?sekadar mengisi masa lapang?buang masa?kadang2 orang wat macam diary...saya macam tak setuju sangat blog saya nie menceritakan hal diri saya...kalau boleh saya nak berdakwah, menyampaikan mesej yang dapat diamalkan oleh sesiapa sahaja yang pahalanya boleh sampai kepada saya... kerana ape? apabila saya mati kelak terputuslah segalanya melainkan 3 perkara, iaitu sedekah amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh... bila saya fikir semula, banyak mane saya dah bersedekah? mampukah saya memiliki anak yang soleh yang saya tidak tahu adakah saya sempat memilikinya... akhirnya saya memilih menyampaikan ilmu yang bermanfaat yang mana, sekiranya diamalkan oleh sesiape sahaja ilmu berguna yang saya sampaikan, insyaallah pahala itu sampai kepada saya....
wasiat saya pada hari ini adalah...
(Ilmu agama akan beransur-ansur hilang]: Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : "Bahawasanya Allah s.w.t tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia.Tetapi Allah s.w.t menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama',org ramai akan memilih org2 jahil sbg pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yg jahil itu ditanya,mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan org lain."HR Muslim.
"ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"- IBNUL QAYYIM-

3 ulasan:

  1. Salam,
    InsyaALLAH smua anak didikan ustzh akn mdoakn ksejahteraanmu.

    BalasPadam
  2. wslm.. tq meluangkan masa menjenguk bolg saya.. saya rasa dewasa la bila bercakap ngan the soofi nie..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...