terima kasih sahabat

Jumaat, 8 Mei 2009

hati sape dibawa lari episod 2.. ;)






erm... hari ini saya tak berapa bersemangat nak tulis di blog ini setelah dapat msg dari teman saya...semangat saya telah hilang...entahlah hanya allah sahaja yang dapat menentukan segalanya... mudah mudahan ape yg dirancangkan saya menjadi kenyataan, namun begitu saya redha di atas segala qada' dan qadar Allah kerana Dialah sebaik-baik perancang...


oleh itu saya tidak dapat menyambung creta tentang puteri dan putera A tersebut..insyaallah, saya akan menyambungnya pada masa akan datang... mudah-mudahan allah permudahkan urusan mereka...


oklah sebelum saya mengakhiri, saya ingin menyampaikan beberapa wasiat..:


Memiliki segulung ijazah bukanlah jambatan mendapat gelaran sebagai ulama’, apatah lagi jika tidak terpancar dari dirinya kehidupan ilmu. Ulama’ bukan sahaja ada ilmu malahan ia memberi sumbangan kepada masyarakat, perkembangan dakwah dan kemajuan negara.-U.Idris Ahmad.
jika mereka sibuk mencari cinta,biarlah kita sibuk mencari iman.. jika mereka sibuk mencari pasangan,biarlah kita sibuk mencari keredhaan.jika mereka menangis kerana kecewa bercinta biarlah kita menangis kerana mengenang dosa semalam.jika mereka cintakan kemanusiaan,biarlah kita cintakan tuhan.jika mereka mendambakan kehidupan duniawi,biarlah kita dambakan ukhrawi..
janganlah kamu menyebut ALLAH (berzikir)bukan melalui hatimu(khusyuk) kerana firman ALLAH bermaksud: sekiranya kami turunkan AL-QURAN ini kepada bukit bukau gunung ganag nescaya kami dapati mereka khusyuk dan hancur kerana ketakutan kepada ALLAH..sedangkan khusyuk tidak akan dikecapi melainkan kamu meninggalkan didalam hatimu perempuan dan dunia..jika kamu ingin membuang dunia dalam dirimu hendaklah engkau membuangnya terhadap apa yang hatimu suka kepadanya seperti kamu bersedekah apa yang kamu menyayanginya. kedua hendaklah engkau redha ketentuan tuanmu(ALLAH)


(oleh: syeikh almurabbi almursyid syeikh yusuf al-bakhur al-hasani)


1 ulasan:

  1. Kenapa blog ni tak up date lagi..?
    Mimie kureng sihat ke..?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...