terima kasih sahabat

Isnin, 4 Mei 2009

hati sape telah dibawa lari....? ;)

lama rasanya saya tak menulis blog ini...minggu lepas saya sibuki menanda kertas ujian pelajar..ujian yang kedua bagi pelajar..saya menanda 6 kelas sahaja.. 5 kelas untuk subjek pendidikan islam, 1 kelas untuk sivik. sivik senang sahaja, pejam mata pun bleh tanda hehehe tapi pendidikan islam saya perlu berfikir 2 3 kali untuk memberi markah kepada pelajar pelajar saya... maklumla.. pelajar-pelajar sekolah saya sangat memerlukan lebih bimbingan dari guru-guru mereka.



ermm.. kalo nak cerita pasal anak didikan saya, sampai bila pun tak habis... tapi, saya ada cerita baru yang lebih menarik lagi.. cerita nie macam drama tv jgk la.. cuma pelakonnya saya sorang sahaja yang kenal.. hehehe ;)


ceritanya begini...si puteri telah berkenalan dengan puteri A sejak 5 tahun dahulu...namun begitu, putera A tidak pernah bercerita atau mengajak si puteri mendirikan rumah tangga.. si puteri bertambah risau kerana semakin tahun, usianya bertambah, dia inginkan kehidupan sendiri bersama keluarga sendiri bahagia bersama suami, anak-anak dan sebagainya.... bukan si puteri tidak pernah mengajak putera A mendirikan masjid, tp macam-macam alasan yang diberikan putera A... yang paling menyedihkan puteri ini adalah, putera A sering meminta puteri berkahwin dengan orang lain sekiranya tidak mampu menunggu putera A... bukannya si putri tidak bersabar dengan jodohnya, tetapi si puteri hanyalah berusaha untuk mencapai kehidupan yang lebih sempurna..bukankah mendirikan masjid itu merupakan sunnah Rasulullah....
si puteri menerima sesiapa sahaja calon-calon suami yang boleh dijadikan suami asalkan berlandaskan ape yang disarankan Rasulullah.. rasulullah bersabda mafhumnya, jika datang kepada kamu seorang lelaki yang beriman dan berakhlak mulia, maka kahwinilah dia.... berbeza pula dengan orang lelaki... lelaki boleh memilih bakal isteri berdasarkan 4 perkara.. iaitu agamanya, hartanya, kecantikannya dan keturunannya... tetapi pilihlah agamanya, nescaya kamu akan selamat.. berdasarkan hadith tersebut, saya dapati si puteri tersebut memiliki kesemua ciri-ciri tersebut...maka beruntunglah kepada sesiapa yang memiliki puteri tersebut....
oklah, kita sambung cerita puteri yang dalam dilema tersebut, saya sebenarnya kasihan dengan puteri tersebut sebabtulah saya keudarakan cerita ini supaya dapat dikongsi bersama.... setelah 5 tahun berkawan yang tidak pernah dijanjikan ape-ape oleh jejaka A tersebut, maka puteri itu telah cuba mencari teman baru..
selang beberapa bulan sahaja, si puteri telah menemui teman baru yang pada fikiran puteri tersebut, lebih baik dari sebelumnya..... namun begitu, hati si puteri masih lagi sayang kepada jejaka A yang telah dikenal 5 tahun dahulu... si puteri menjadi serba salah....
oklah, saya nak stopkan dulu cerita ini dibawa ke episod seterusnya...sebab...saya nak bertugas sebagai murabbi sekarang..nak siapkan rph untuk saya mengajar esok... saya nie seorang guru, pendidik, penunjuk jalan yang benar, dan yang sewaktu dengannya... saya bawa cerita ini kerana saya kasihan dengan kawan saya yang masih dibelenggu kegelisahan..berbelah bagi dan sebagainya,, yang mampu saya nasihatkan pada dia hanyalah solat istikharah kerana jika kita beristikharah, maka kita tidak akan menyesal...
cuma saya nak ingatkan kepada semua, ini bukan kisah saya...saya hanya mahu berkongsi dengan semua kisah sahabat saya ini..untuk memberi nasihat dan semangat kepada sahabat saya ini.... kalau ikutkan, panjang lagi ceritanya...erm..lagi sekali saya ingatkan , ini bukan kisah saya kerana hati saya telah dimiliki...hati saya bukan dibawa lari...
ok..jumpe lagi semua..saya nak wat soalan untuk anak didikan saya yang bakal menduduki exam mid year....

4 ulasan:

  1. mcm tau jek cite ni..hi,hi..mdh2an jumpa jodoh yg baik...
    Ye ye dah bole...

    BalasPadam
  2. arrr....Hati tertanya2, Sape ye sang puteri itu????
    Ehem,ehem...

    BalasPadam
  3. Yeake puteri tu bukan awak. Tah-tah awak tak.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...