terima kasih sahabat

Sabtu, 31 Oktober 2009

terlalu banyak yang difikirkan...

terlalu banyak yang saya fikirkan..kadang2 saya nak luahkan di sini, tapi.. bila fikir balik hadaf blog ini diwujudkan, saya jadi serba salah.. perlu kah saya menceritakan keseluruhan kehidupan peribadi saya untuk tatapan semua.. saya rasa, kurang selesa..sebab itu kadang2 saya lebih selesa menggunakan bahasa yang tersirat dan maksud yang tersembunyi kerana saya percaya, tak semua orang dapat memahaminya.. biarlah Allah sahaja yang mengetahui kerana Dia sememangnya Maha Mengetahui tiap yang zahir dan batin...
kadang2 saya tak dapat nak post ape2 kerana sibuk dan kadang2 fikiran saya bercelaru, runsing kerana banyak sangat benda yang difikirkan.. sampaikan saya tiade mood untuk mencoret ape2 di sini.. hari ini saya cube meluangkan sedikit masa untuk mencatat luahan hati saya ini..
erm.. harinya semakin hampir,, terlalu banyak dugaan yang Engkau berikan kepada kami..hanya kekuatan, kepercayaan, kesabaran yang mengutuhkan semuanya... saya percaya, di sebalik kesusahan itu, ade kemudahannya.. di sebalik kesedihan ini ada kebahagiaaannya.. inilah kata-kata yang saya pegang sejak di bangku sekolah lagi.. inna maal 'usri yusra.. semua yg berlaku ini ade hikmahnya...
baru-baru ini, saya ade mengikuti kuiz dalam fb (kdg2 fb nie jgk menyebabkan saya tak berkesempatan mencatat ape2 di sini, kerana saya sibuk menjaga ladang saya.. heee), melalui kuiz tersebut, saya ditanye tentang watak yang sesuai buat saya dalam citer nur kasih... ish..boleh pulak hasilnya Nur Amina.. seorang wanita yg tabah, sabar dan percaya bahawa jika nak mendapat kebahagiaan, perlu menghadapi kesukaran dan kesedihan dulu... erm... pada saya, semua ini bergantung kepada qada' dan qadar Allah, kita sebagai manusia, perlu berusaha dan berikhtiar sehabis baik.. yang kemudian, barulah serahkan kepada Allah setelah kita berdoa...
air mata wanita.. sangat mudah berguguran... terlalu mudah.. dengan kata2 pun, hati wanita mudah terguris.. memang.. Allah menjadikan wanita, seorang yang bersifat lembut, halus, mudah tersinggung dan sensitif .. sebab itulah Allah memerintahkan seorang suami bergaul dengan baik kepada isterinya, berkatalah dengan baik2 kepada isteri kamu...
menangislah.. adakalanya, menangis dituntut oleh syariat. Abid yang mencintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya. mereka memaksa diri menangis apabila mengenangkan nasib diri dan di hari akhirat dan membayangkan huru hara apabila menjelang hari kiamat. dalam hal ini, menangis adalah dituntut. setitis air mata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadam api neraka di hari akhirat kelak..

Ahad, 25 Oktober 2009

senandung mekar ukhwah.. SMKTPR 2009

bersama sebahagian guru smktpr

bersama cikgu syazulia

saya, cikgu sahfinaz dan cikgu syazulia..
ajk kebiru..

saya, pk HEM, pk Koko merangkap pk1, puan pengetua, cik sahfinaz n ustzh faridah (ahli bait)

senandung mekar ukhwah smktpr 2009 itulah tema bagi majlis akhir tahun sekolah saya bagi tahun ini anjuran KEBIRU (kelab bilik guru). majlis ini telah diadakan pada 24 Oktober 2009 di Zara Alfresco International Restaurant, Oasis, Johor Port kat Pasir Gudang.. sebenarnya tempat ini tak jauh dari sekolah.. cuma kiteorg je tak tau tempat tu kat ner..

saya sebagai AJK Kebiru tentunya orang yang agak sibuk tentang pengurusan majlis tersebut.. kami hanya mempunyai 8 orang Ajk sahaja untuk menganjurkan majlis ini... hmm penatnya memang terasa.. Alhamdulilllah..semuanya berjalan dengan lancar.. sebarang komen bolehlah diutarakan pada laman FB yang direka rakan sejawat saya.. heee

gambar-gambar majlis akhir tahun itu insyaalah saya akan post kemudian kerana beberapa masalah yang tak dapat dielakkan... segala kenangan sebelum, semasa dan selepas majlis itu berlangsung, akan terpahat dalam memori saya.. . . yang paling seronoknya, saya antara tetamu bertuah kerana nombor saya telah dipilih antara nombor yang bertuah... heee tp hadiahnya pulak, saya dapat hadiah yg saya tak berapa suka masa ajk kebiru sibuk membeli hadiah..hehehe tp syukurlah kerana saya jarang terkena nombor bertuah ini... apapun, yg penting, saya antara AJK KEBIRU yg bertuah... jgn marah kengkawan yek..

 mudah-mudah Allah permudahkan urusan kamu dalam segala hal.. ingatlah, setiap kesusahan itu ada kesenangannya.. saya harap kamu tabah menghadapi liku-liku hidup ini..

Isnin, 19 Oktober 2009

esok da sekolah..

alhamdulillah..saya selamat sampai ke pasir gudang jam 8.23pm td.. dari a.hitm kul 6.30 ptg,, pastu solat maghrib kat skudai kul 7.10 ptg.. sebenarnya saya dah mengantuk nie.. esok la sambung.. hehehe

hari nie, boleh dikatakan antara hari yang terbest bagi saya... dan juga hari yang menyedihkan bagi saya... kerana saya terpaksa meninggalkan mak saya keseorangan d rumah.. kesian kat mak.. tinggal mak dan ayah sahaja di rumah.. anak-anak semua ada urusan masing-masing.. mimi berdoa agar mak dan ayah diberi kesihatan tubuh badan, rohani, emosi dan intelektual... amin...

Ahad, 18 Oktober 2009

setelah sekian lama... akhirnya...


setelah sekian lama.. akhirnya allah temukan jua jawapannya.. hee lain macam je ayat.. sebenarnya begini, setelah sekian lama saya tak post ape2 akhirnya saya berkesempatan mencoretkan luahan hati saya untuk tatapan semua... untuk pengetahuan pembaca-pembaca setia (macam ade..), laptop saya ade problem jap, sbbtu saya dah lame tak post ape2.. lg pun,, kat fikiran nie mcm2 yg difikirkan..


sebenarnya banyak yang nak diceritakan,pasal raya, kenduri nabeela, adik nabela pergi berangkat ke mesir, sampailah cerita open house..semua saya tak dapat nak post untuk semua..tapi..bolehlah buka laman kakak2 saya. http://nazri-mumtazah.blogspot/ atau http://deenorsya.blogspot/ kalau saya cerita pun..mesti citer n gambar yg same.. heee


yg menarik n tak menariknya.. sejak naik sekolah.. budak2 nie kata aku nampak lain.. minggu pertama selepas naik sek dari raya.. saya masuk kelas tingkatan 4PA.. masuk je.. budak2 nie tegur.. cikgu, nape cikgu nmpk lain.. ade ape2 ke ckgu2? ape yg lainnya awk? saya tak de ape2 pun...soal saya pd pelajar2 nie.. cikgu nmpak tembam.. hehe nilah kali pertama org kata saya dah tembam..huahua saya jawab: saya makan banyak time raya, tembamlah...


pada ahad lalu (11 okt 09) saya dan housemate aku telah mengadakan open house.. adelah beberapa kenalan yg datang.. tetamu utama mestilah warga SMKTPR.. tetiba ade seorg kakak tu tegur saya.. umi dah gemuk sikit la sekarang.. erm.. yeke? riso jgk nie.. hahaha kurus salah, gemuk pun salah eh? macamtu lah manusia.. tp aku bersyukur kerana diberi kesihatan tubuh badan jasmani dan rohani...


setelah sekian lama.. akhirnya.. (episod 3) Allah bukakan pintu hati kami.. mudah-mudahan ape yg dirancang, diharap, akan menjadi kenyataan.. Ya Allah.. kau permudahkan lah urusan kami..berkatilah kami dan redhailah kami.. hati ku tergamam, tak terkata, saat soalan itu diajukan kepada ku.. ermm.. mungkin dah sampai masanya.. kalau itu yg terbaik dari Allah, aku terima dengan redha.. Kerana Dialah sebaik-baik perancang... insyaAllah, saya akan cuba jadi yg terbaik untuk kamu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...