terlalu banyak yang saya fikirkan..kadang2 saya nak luahkan di sini, tapi.. bila fikir balik hadaf blog ini diwujudkan, saya jadi serba salah.. perlu kah saya menceritakan keseluruhan kehidupan peribadi saya untuk tatapan semua.. saya rasa, kurang selesa..sebab itu kadang2 saya lebih selesa menggunakan bahasa yang tersirat dan maksud yang tersembunyi kerana saya percaya, tak semua orang dapat memahaminya.. biarlah Allah sahaja yang mengetahui kerana Dia sememangnya Maha Mengetahui tiap yang zahir dan batin...
kadang2 saya tak dapat nak post ape2 kerana sibuk dan kadang2 fikiran saya bercelaru, runsing kerana banyak sangat benda yang difikirkan.. sampaikan saya tiade mood untuk mencoret ape2 di sini.. hari ini saya cube meluangkan sedikit masa untuk mencatat luahan hati saya ini..
erm.. harinya semakin hampir,, terlalu banyak dugaan yang Engkau berikan kepada kami..hanya kekuatan, kepercayaan, kesabaran yang mengutuhkan semuanya... saya percaya, di sebalik kesusahan itu, ade kemudahannya.. di sebalik kesedihan ini ada kebahagiaaannya.. inilah kata-kata yang saya pegang sejak di bangku sekolah lagi.. inna maal 'usri yusra.. semua yg berlaku ini ade hikmahnya...
baru-baru ini, saya ade mengikuti kuiz dalam fb (kdg2 fb nie jgk menyebabkan saya tak berkesempatan mencatat ape2 di sini, kerana saya sibuk menjaga ladang saya.. heee), melalui kuiz tersebut, saya ditanye tentang watak yang sesuai buat saya dalam citer nur kasih... ish..boleh pulak hasilnya Nur Amina.. seorang wanita yg tabah, sabar dan percaya bahawa jika nak mendapat kebahagiaan, perlu menghadapi kesukaran dan kesedihan dulu... erm... pada saya, semua ini bergantung kepada qada' dan qadar Allah, kita sebagai manusia, perlu berusaha dan berikhtiar sehabis baik.. yang kemudian, barulah serahkan kepada Allah setelah kita berdoa...
air mata wanita.. sangat mudah berguguran... terlalu mudah.. dengan kata2 pun, hati wanita mudah terguris.. memang.. Allah menjadikan wanita, seorang yang bersifat lembut, halus, mudah tersinggung dan sensitif .. sebab itulah Allah memerintahkan seorang suami bergaul dengan baik kepada isterinya, berkatalah dengan baik2 kepada isteri kamu...
menangislah.. adakalanya, menangis dituntut oleh syariat. Abid yang mencintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya. mereka memaksa diri menangis apabila mengenangkan nasib diri dan di hari akhirat dan membayangkan huru hara apabila menjelang hari kiamat. dalam hal ini, menangis adalah dituntut. setitis air mata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadam api neraka di hari akhirat kelak..
baru hari ni berkesempatan meluangkan masa membaca blog mimi... bkn apa.. blogger sejak akhir2 ni x kuorkan status terkini blog orang yang kita link dlm blok kita... ingtkan mimi x de post terkini..:)
BalasPadamtq sudi meluangkan masa menjenguk blog mimi..
BalasPadami.allah mimi akan segera update