TEMA
IMAN
TAJUK : PAHALA DI HUJUNG JARI
Bismillahirrahmanirrahim
Assalam qabla kalam “ Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh”
Alhamdulillahirabbil alamin, wassolatu wassalamuala
asyrafil anbiyai wal mursalin
Wa ala alihi wasahbihi ajmain
Apa khabar semua
sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Sihat ? Saya nak bawa semua sidang
hadirin sekalian bayangkan kita berada dalam syurga. Cuba pejam mata sekarang.
Ok-ok dah semua boleh buka mata. Nanti tertidur payah pula ya.. siapa yang nak
dengar tazkirah saya pula
Hadirin
hadirat yang dirahmati Allah sekalian, tahukah tuan puan bahawa orang
beriman telah dijanjikan untuk berada di dalam syurga Allah di akhirat nanti.
Syurga yang penuh dengan kenikmatan yang tidak dapat kita bayangkan dengan
hanya menutup mata sahaja. Jadi, macamna kita nak pastikan iman kita sentiasa
bertambah , iman kita sentiasa meningkat, iman kita sentiasa berada di jalan
yang betul supaya kita dapat masuk ke syurga? Jadi, saya bawakan tazkirah kita
pada hari ini yang bertajuk “Pahala di hujung Jari “ Mudah-mudahan,
dengan tazkirah ini kita semua tergolong dalam golongan yang dijanjikan dalam
syurga.
Tuan-puan,
kita berada di zaman globalisasi. Mudah sangat nak dapat pahala. Begitu juga
mudah sangat nak dapat dosa. Saya percaya, semua dalam kalangan kita memiliki
telefon pintar. Saya berikan formula menggunakan telefon pintar agar kita
mendapat pahala dengan singkatan 3S.
S yang pertama, Sentiasa
Taat dengan perintah Allah. Kita perlu taat dengan perintah Allah untuk
memastikan iman kita sentiasa bertambah. Lakukanlah amalan-amalan yang soleh
yang dapat mengukuhkan keimanan dan keyakinan kita kepada Alah SWT dan Rasul.
Sebagaimana firman
Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 102. Yang berbunyi :
Maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan seorang
muslim”
Melalui ayat
ini, fahamilah bahawa setiap muslim wajib memelihara imannya daripada terbatal
untuk menjamin kita masuk ke syurga Allah SWT kelak. Pada zaman sekarang,
pahala amat mudah kita dapat melalui hujung jari sahaja seperti kita dapat
membaca quran menggunakan aplikasi yang terdapat dalam telefon, selain itu,
kita juga dapat berinfaq dengan mudah tak kira masa samaada bulan Ramadan atau
pun pada hari Jumaat pun. Selain itu, kita juga boleh berdakwah melalui media
sosial seperti tiktok . untuk menyampaikan perkara-perkara kebaikan.
Tuan-puan
sekalian, mari kita menelusuri kisah rakyat Palestin yang telah diuji
keimanan mereka sejak tanah mereka dijajah. Malah, serangan bermula 7 Oktober
2023 ini masih berterusan sehingga sekarang. Bayangkan tuan-tuan dan puan-puan,
Mereka terpaksa menjadi pelarian di tanah air sendiri. Tiada tempat tinggal,
tiada makanan tiada pakaian. Hanya orang yang kuat imannya sahaja yang mampu menghadap
ujian seberat ini.
S yang kedua
adalah Sentiasa menjauhi larangan Allah. Kita perlu menghindarkan diri
kita daripada terjebak dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan
dosa. Melalui penggunaan media sosial
juga amat dekat ke arah dosa sekiranya nafsu kita tidak dikawal. seperti mudah
mengeluarkan ulasan-ulasan yang boleh mendorong ke arah kemaksiatan. Sebagai
contoh, namimah iaitu mengadu domba , ghibah iaitu mengumpat , sukhriyyah iaitu
menghina dan istihza iaitu mempersenda. Dengan
ledakan AI, atau kecerdikan buatan ini mampu mencipta pelbagai kretiviti dan
inovasi tetapi sekiranya iman kita kurang mantap, kita akan mudah melakukan perkara-perkara
yang mendorong ke arah dosa. Oleh itu tuan-puan semua, marilah kit menjauhkan
diri daripada melakukan larangan Allah SWT kerana Allah SWT telah berfirman
dalam Surah Annur Ayat 52 yang berbunyi :
Maksudnya : Dan
sesiapa yang taat kepada Allah SWt dan Rasulnya serta takut melanggar perintah
Allah serta bertaqwa kepadaNya, maka mereka itulah orang yang mendapat
kemenangan.
S yang ketiga
adalah Sentiasa menjaga hubungan silaturrahim. Ikatan persaudaraan
sesama muslim umpama sebuah bangunan yang saling menyokong antara satu sama
lain bagi memastikan kekuatan sesebuah bangunan itu dipelihara supaya dapat
menguatkan perpaduan Islam.Walaupun secara zahirnya manusia akan kembali
menemui Allah swt dalam keadaan keseorangan, tetapi seorang mukmin tetap
bergantung kepada doa daripada saudara Islam untuk mendapat tempat yang baik di
akhirat nanti.
Tuan-tuan dan
puan-puan sekalian,
Tuan-tuan kenal
tak habib? Habib bin Zaid Al-Ansari adalah antara teman Rasulullah saw
di syurga. Rasulullah saw pernah mendoakan agar Allah swt merahmati pengorbanan
Habib dan keluarganya yang
memperjuangkan Islam. Ketika Habib dijadikan utusan untuk menyampaikan
surat peringatan kepada Musailamah yang mengaku nabi, beliau telah ditangkap
dan dipotong anggota badan kerana tidak mengaku Musailamah sebagai nabi. Saat
Musailamah bertanya kepada habib, adakah beliau mengakui bahawa Muhammad itu
utusan Allah SWT? Dan Habib mengatakan “Ya”, dan apabila Musailamah mengatakan
“Adakah aku juga utusan Allah?’ Lantas dengan sinis Habib menjawab “Telinga aku
pekak sehinggakan tidak mendengar apa yang engkau katakan”.
Kemarahan
Musailamah bertambah lantas diarahkan pengawal yang menjaga untuk memotong
pergelangan tangan Habib lantas jatuh ke bumi. Lalu ditanyakan lagi soalan yang
sama, Habib tetap menjawab jawapan yang sama. Lantas dipotong lagi tubuh
anggota badan Habib. Berulang-ulang kali Musailamah bertanya soalan yang sama
lalu dipotong lagi anggota tubuh badan Habib sehinggalah Habib menghembuskan
nafasnya yang terakhir dalam keadaan tidak ada satu pun belahan pedang yang
mampu memisahkan darinya daripada
beriman kepada Allah. Begitulah besarnya tahap keimanan sahabat yang
benar-benar mengakui keimanan kepada Allah SWt dan kerasulan Nabi Muhammad Saw.
Menyedari
kepentingan serta besarnya manfaat silturrahim, maka dalam Islam sorang Muslim
tidak dapat dikira sempurna imannya apabila dia tidak menguhubungkan kasih sayang. Bahkan Allah mengancam tidak akan masuk
syurga orang yang memutuskan silaturrahim.
Nabi Muhammad
SAW bersabda yang bermaksud : :”Tidak
masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim “ – Hadis Riwayat Muslim.
Oleh itu
tuan-puan sekalian, marilah kita gunakan telefon pintar yang kita ada untuk
menghubungkan silaturrahim dengan cara bertanya khabar, mengambil berat dan
sebagainya.
Nampaknya masa
sangat mencemburui saya, saya ulang sekali lagi focus utama tazkirah kita pada
hari ini ialah “Pahala dihujung Jari” melalui 3S.
Saya akhiri
dengan wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikuk warahmatullahi wabarakatuh
KARANGAN DAN TULISAN:
ustazah Umi Kalsom Binti Ibrahim
SMK Suria Perdana, Batu Pahat