terima kasih sahabat

Selasa, 21 April 2009

ermmmm....

meow2 comel...




Jenis Kesabaran ~ Menurut Syekh Abu Ismail al-Harawi, penulis kitab Manazilus Sa'irin, sabar terdiri dari tiga kategori.
Pertama, sabar untuk tidak melakukan maksiat; yaitu menahan nafsu karena mengingat ancaman Allah, serta berjaga-jaga dari perbuatan yang diharamkan Allah.

Kedua, sabar dalam ketaatan; yaitu memelihara dan menjaga diri agar tetap berada dalam keikhlasan dan kesadaran.

Ketiga, sabar terhadap musibah yang menimpa, karena punya harapan bahwa pertolongan Allah akan segera tiba; juga karena memahami bahwa musibah tersebut lebih kecil daripada karunia nikmat Allah yang pernah dan akan terus diterima

sebenarnya, nukilan ini saya copy dari sahabat saya di mesir.. sahabat saya forward pada saya, saya forward pada semua...














Isnin, 20 April 2009

ibu...engkaulah ratu hatiku.. ;(


" Redha Allah terletak dengan redha kedua ibu bapa dan kemarahan Allah terletak kepada kemarahan ibu bapa "
Allah mewajibkan setiap anak mentaati kedua ibu bapanya. ibu bapa merupakan insan yang sangat berjasa kepada anak-anaknya.
ibu sanggup menanggung kesukaran ketika mengandung dan melahirkan anaknya.
bapa pula menjaga dan melindungi keselamatan serta bersusah payah menyediakan keperluan harian.
pengorbanan tersebut amat tinggi nilainya dan tidak terbalas anak-anak sepanjang hidup.
anak-anak dikehendaki mentaati ibu bapa, bersopan dan merendahkan suara ketika bercakap dengan ibu bapa, mendengar nasihat dan mematuhi perintahnya. anak-anak juga perlu prihatin dengan ibu bapa dengan cara melayan dan menggembirakan hati ibu bapa.
anak-anak hendaklah berterima kasih dan mengenang budi serta sabar dengan perangai ibu bapa terutama ibubapa yang telah lanjut usia....
persoalan yang bermain difikiran saya sekarang, sejauh mana saya telah menunaikan tanggungjawab saya sebagai anak..sejauhmana saya telah menggembirakan hati ibu bapa saya... sejauhmana saya telah membuat ibu bapa saya senang... adakah saya seorang anak yang prihatin...
kita tidak tahu hati ibu kita..mungkin kata-kata kita telah membuatkan hati ibu kita terguris, memendam rasa..hanya linangan air mata yang menemani...
ya allah, engkau ampunkan lah dosa-dosa ku..sama ada yang zahir atau yang batin...saya tidak sedar, mungkin perlakuan, percakapan saya, ade yang membuatkan ibu saya tersinggung...mak, maafkan mimi.... ;(





Khamis, 16 April 2009

pendidikan Islam 2tp3




"hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun...bila-bila masa akan pecah...."







hari ini seperti biase saya pergi ke sekolah... tapi hari ini hari paling memeranjatkan dan menguji kesabaran saya.... seperti biase..saya mengajar pelajar-pelajar saya..namun sesuatu yang tidak menduga saya telah berlaku pada hari ini... menasihatkan pelajar adalah menjadi perkara rutin bagi saya.... setakat ini, saya tak pernah mengamuk di dalam kelas... biasanya saya akan marah dengan berhemah.... saya tidak pernah menengking-nengking pelajar... kerana saya mahu mendidik mereka...
saya ingin menjadi seorang pendidik yang prihatin,
berjaya membentuk shahsiah peribadi mereka....

nie gambar anak sedara saya..bukan anak murid saya...
tenang je hati tgk muka budak kecil kan..
mereka tak de dosa lagi....




namun, pada hari ini sesuatu yang tidak diduga telah berlaku..... ketika saya sedang mengulangkaji pelajaran, (kerana minggu depan test) saya dapati 3 orang pelajar saya tidak makan saman saya... berkali-kali saya beri amaran pada mereka namun mereka tetap tidak mahu membuat kerja, berjalan-jalan, mengacau kawan, menjerit dan sebagainya..... sehinggalah saya rasa sangat tercabar dengan perlakuan mereka... tiba-tiba, datang cikgu disiplin, alangkah leganya saya...saya pun memberitahu kepada guru tersebut perangai pelajar tersebut.. tanpa saya duga, guru tersebut telah memberi hukuman kepada pelajar tersebut di hadapan semua pelajar...






sebenarnya..semua itu adalah pengajaran kepada semua pelajar yang tidak menghormati guru mereka... sebagai wanita..saya berasa kasihan..tp semua itu pengajaran bagi mereka..jika tidak, sampai bila mereka nak buat macam tu... kepada guru-guru yang telah berpengalaman mengajar bertahun-tahun, bglah saya semangat n kata-kata bimbingan untuk mendidik pelajar zaman sekarang ini...






saya fikir, masa saya bersekolah dulu, saya sangat taaaaat kepada guru saya... saya ingat lagi kata-kata guru saya iaitu Ustaz Kamal semasa bersekolah di SMA (A) Kluang , "AL_BARKATU FIT TAAh" keberkatan itu ada dalam ketaatan. tak kiralah taat pada siapa pun, kepada ibu bapa, guru, orang yg lebih tua, dan yang penting sekali, taat kepada ALLAH.

Rabu, 15 April 2009

kata-kata hikmah yang membuatkan kita bersemangat semula....

Kadang2 Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita... DIA patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita bersemangat... DIA memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat... DIA memberi kita kegagalan untuk membuatkn kita rendah diri... DIA menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya......hayatilah pemberian dr ALLAH S.W.T..
Baginda membaca di dalam doanya: اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَعَنْ يَمِينِي نُورًا وَعَنْ يَسَارِي نُورًا وَفَوْقِي نُورًا وَتَحْتِي نُورًا وَأَمَامِي نُورًا وَخَلْفِي نُورًا وَعَظِّمْ لِي نُورًا Yang bermaksud: Tuhanku! Jadikanlah dalam hatiku suatu cahaya, dalam pandanganku suatu cahaya, dalam pendengaranku suatu cahaya, dari arah kananku suatu cahaya, dari arah kiriku suatu cahaya, di atasku suatu cahaya, di bawahku suatu cahaya, di depanku suatu cahaya, di belakangku suatu cahaya dan limpahkanlah kepadaku dengan cahaya

Selasa, 14 April 2009

siapa yang membuat kebaikan sebesar zarah pun akan dibalas baik....


Allah itu Maha Adil, Dia akan membalas segala perbuatan hambanya...

Ya Allah, saya bersyukur kepadaMu kerana telah memberi nikmat yang paling agung dalam hidup ku ini....

NIKMAT IMAN DAN ISLAM

harinie mesyuarat... mesyuarat entah kali ke berapa...


setelah 4 bulan berkhidmat di sekolah ini...macam2 perasaan yang saya rasa,,, begitu teruja sekali... dapat saya rasakan, tugas mendidik ini sangat mencabar.... manusia ini tidak sama semuanya.. memanglah...orang melayu rambut dia hitam, tp hati macam2... yang kadang2 kita tak boleh nak menterjemahkan mereka.. hanya Allah sahaja yang dapat menilai kehidupan mereka macamana di dunia yang fana ini....


alhamdulillah.. sepanjang berada di sini, saya dapat belajar bermacam2 karenah manusia.. syukran kathiran saya ucapkan kepada semua insan yang telah mewarnai hidup saya ini... hanya Allah sahaja yang dapat membalas segalanya kepada semua... saya akui, saya bukanlah yang terbaik..terlalu banyak kekurangan dan kelemahan yang saya miliki... saya masih memerlukan antum semua untuk meneruskan hidup ini....


Ya Allah, engkau berilah ganjaran yang setimpal ke atas insan2 yang telah menjadikan saya sehingga tahap ini... saya akui, tanpa mereka, siapalah saya...

Isnin, 13 April 2009

bermula episod hidupku.......

anak sedara sekolah tadika.. saya dulu, tak sekolah tadika pun, tp alhamdulillah berjaya jugak.. tq fa n ma...
masa konvo di upsi pada 17 mac 2009, Diploma Pendidikan lepasan ijazah opsyen Pendidikan Islam.... sebenarnya, saya dah dapat ijazah di Universiti Al-Azhar dalam bidang usuluddin.. alhamdulillah bi taqdir jaiyid jiddan.. tp sedihnya, masa konvo kat sane konvo ngan kawan2 je... family merayakan di malaysia.... tq mak ayah kerana telah mendidik mimi ngan sempurna....

"orang yang bijaksana akan mencari kesempurnaan, tetapi orang yang bodoh akan mencari kekayaan."

" Gantunglah azam dan semangat mu setinggi bintang di langit, dan rendahkanlah hatimu serendah mutiara di lautan..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...