terima kasih sahabat

Isnin, 20 April 2009

ibu...engkaulah ratu hatiku.. ;(


" Redha Allah terletak dengan redha kedua ibu bapa dan kemarahan Allah terletak kepada kemarahan ibu bapa "
Allah mewajibkan setiap anak mentaati kedua ibu bapanya. ibu bapa merupakan insan yang sangat berjasa kepada anak-anaknya.
ibu sanggup menanggung kesukaran ketika mengandung dan melahirkan anaknya.
bapa pula menjaga dan melindungi keselamatan serta bersusah payah menyediakan keperluan harian.
pengorbanan tersebut amat tinggi nilainya dan tidak terbalas anak-anak sepanjang hidup.
anak-anak dikehendaki mentaati ibu bapa, bersopan dan merendahkan suara ketika bercakap dengan ibu bapa, mendengar nasihat dan mematuhi perintahnya. anak-anak juga perlu prihatin dengan ibu bapa dengan cara melayan dan menggembirakan hati ibu bapa.
anak-anak hendaklah berterima kasih dan mengenang budi serta sabar dengan perangai ibu bapa terutama ibubapa yang telah lanjut usia....
persoalan yang bermain difikiran saya sekarang, sejauh mana saya telah menunaikan tanggungjawab saya sebagai anak..sejauhmana saya telah menggembirakan hati ibu bapa saya... sejauhmana saya telah membuat ibu bapa saya senang... adakah saya seorang anak yang prihatin...
kita tidak tahu hati ibu kita..mungkin kata-kata kita telah membuatkan hati ibu kita terguris, memendam rasa..hanya linangan air mata yang menemani...
ya allah, engkau ampunkan lah dosa-dosa ku..sama ada yang zahir atau yang batin...saya tidak sedar, mungkin perlakuan, percakapan saya, ade yang membuatkan ibu saya tersinggung...mak, maafkan mimi.... ;(





1 ulasan:

  1. Tengok gambar maak & ayah terus terasa rindunya kepada mereka...... bukan sebelum ni tak rindu, tapi dah lama tak berkesempatan balik ke kampung.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...