"hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun...bila-bila masa akan pecah...."
hari ini seperti biase saya pergi ke sekolah... tapi hari ini hari paling memeranjatkan dan menguji kesabaran saya.... seperti biase..saya mengajar pelajar-pelajar saya..namun sesuatu yang tidak menduga saya telah berlaku pada hari ini... menasihatkan pelajar adalah menjadi perkara rutin bagi saya.... setakat ini, saya tak pernah mengamuk di dalam kelas... biasanya saya akan marah dengan berhemah.... saya tidak pernah menengking-nengking pelajar... kerana saya mahu mendidik mereka...
saya ingin menjadi seorang pendidik yang prihatin,
berjaya membentuk shahsiah peribadi mereka....
nie gambar anak sedara saya..bukan anak murid saya...
tenang je hati tgk muka budak kecil kan..
mereka tak de dosa lagi....
namun, pada hari ini sesuatu yang tidak diduga telah berlaku..... ketika saya sedang mengulangkaji pelajaran, (kerana minggu depan test) saya dapati 3 orang pelajar saya tidak makan saman saya... berkali-kali saya beri amaran pada mereka namun mereka tetap tidak mahu membuat kerja, berjalan-jalan, mengacau kawan, menjerit dan sebagainya..... sehinggalah saya rasa sangat tercabar dengan perlakuan mereka... tiba-tiba, datang cikgu disiplin, alangkah leganya saya...saya pun memberitahu kepada guru tersebut perangai pelajar tersebut.. tanpa saya duga, guru tersebut telah memberi hukuman kepada pelajar tersebut di hadapan semua pelajar...
sebenarnya..semua itu adalah pengajaran kepada semua pelajar yang tidak menghormati guru mereka... sebagai wanita..saya berasa kasihan..tp semua itu pengajaran bagi mereka..jika tidak, sampai bila mereka nak buat macam tu... kepada guru-guru yang telah berpengalaman mengajar bertahun-tahun, bglah saya semangat n kata-kata bimbingan untuk mendidik pelajar zaman sekarang ini...
saya fikir, masa saya bersekolah dulu, saya sangat taaaaat kepada guru saya... saya ingat lagi kata-kata guru saya iaitu Ustaz Kamal semasa bersekolah di SMA (A) Kluang , "AL_BARKATU FIT TAAh" keberkatan itu ada dalam ketaatan. tak kiralah taat pada siapa pun, kepada ibu bapa, guru, orang yg lebih tua, dan yang penting sekali, taat kepada ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan