terima kasih sahabat

Rabu, 21 Disember 2011

Tips Kebahagiaan Rumah Tangga =)

Setiap suami ataupun isteri menginginkan sebuah rumahtangga yang bahagia dan damai. Setiap rumahtangga ada pasang surutnya. Kehidupan dan keharmonian rumahtangga boleh runtuh disebabkan oleh salahfaham, masalah kesihatan, masalah camputangan adik beradik sebelah suami ataupun isteri dan yang paling mendugakan adalah masalah ekonomi. Kebanyakan rumahtangga yang runtuh disebabkan masalah ekonomi atau eko-"No Money". 

Bila masalah ekonomi yang berpunca kerana gagal dalam bisnes atau kehilangan kerja. Isteri yang dahulu baik pada sangkaan suami semasa senang kini mula berubah sikap. Isteri yang solehah tidak akan berubah sikap malah memberi semangat dan sanggup memikul tanggungjawab mencari nafkah untuk menyara keluarga sementara suami mendapat kerja lain dan sebagainya. 

Kadang-kadang ada isteri yang banyak gelang emasnya sampai kesiku, tetapi mengadu kat jiran sebelah rumahtangga beliau sekarang tengah menghadapi masalah ekonomi kerana suaminya tak ada kerja. Jangan harap seutas gelang emasnya boleh digadai. Cukup sayang gelangnya melebehi segalanya. Gelang itu pun dahulu suaminya yang belikan. Kenapa bila tengah gawat, tak sanggup korbankan gelang emasnya dipajak gadai islam. Bila sudah pulih nanti tebus balik.

Begitulah sebahagian kisah pendek mengenai rumahtangga. Jadi bagaimana seorang  isteri hendak menjadi seorang wanita yang solehah walaupun bukan seorang ustazah atau mengaji di pondok agama tetapi hanya seorang wanita marhein iaitu wanita biasa?. Untuk menjadi isteri solehah bukanlah susah hanya perlu mengikut 2 syarat ini yang paling mudah. Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya.
2. Taat kepada suami.

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut : 

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
  • Wajib menutup aurat.
  • Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah.
  • Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya.
  • Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa.
  • Berbuat baik kepada ibu dan bapa.
  • Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang.
  • Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa.
  • Bersikap baik terhadap tetangga.
2. Taat kepada suami.

  • Memelihara kewajipan terhadap suami.
  • Sentiasa menyenangkan suami.
  • Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
  • Tidak bermasam muka di hadapan suami.
  • Tidak menolak ajakan suami untuk tidur.
  • Tidak keluar tanpa izin suami.
  • Tidak meninggikan suara melebihi suara suami.
  • Tidak membantah suaminya dalam kebenaran.
  • Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
  • Sentiasa memelihara diri, kebersihan dan kecantikannya serta rumah tangga.
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah.


Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
”Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.


Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.” 
3) Mudah terpedaya dengan syahwat. Nafsu syahwat menjadi keutamaan sehingga hilang sifat malu.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.


Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

amalkan doa ini 3 kali selepas solat..
 
Sekian wasallam.

Rabu, 14 Disember 2011

percutian akhir tahun 2011

saya pergi bercuti bersama suami saya dari 12 dis hingga 15 dis 2011.
hari pertama ke bukit tinggi.. tp nie gambar hari kedua sebelum check out

hari kedua ke cameron highland....

hutan lipur lata iskandar... maaf, x rotate lak.. hee



tempat-tempat yang mungkin dan akan kami lawati adalah, 

  • Bukit tinggi, bentong Pahang
  • Cameron Highland, Brinchang Pahang
  • Tanah Rata , Pahang
  • Ringlet, Cameron Highland
  • Lata Iskandar
  • Genting Highland
doakan perjalanan kami selamat Insya Allah.. Amin..

Sabtu, 10 Disember 2011

hari terakhir sesi persekolahan 2011 di smktpr


ini adalah beberapa keping gambar saya semasa minggu terakhir persekolahan bagi sesi 2011.
pada tahun ini, saya bercuti lebih awal daripada biasa atas sebab sebab tertentu.. saya telah memohon crk dan crk saya diluluskan... saya mula bercuti pada 17.11.2011. gambar2 yang saya paparkan adalah pada hari rabu 16.11.2011 .
gambar ini juga adalah gambar sewaktu saya bergelar anak dara bersama kawan2.. hehe


bergaya jap bersama kak aliffa (cikgu sejarah) dan ustazah hafizah.. kedua2nya orang kelate..

ini pulak cikgu mazilah..from kelate jgk.. cikgu sejarah jugak dan merupakan housemate saya.

meja saya telah dikosongkan, yg tinggal hanyalah benda2 hadiah nie.. hehe

     
nie pulak adalah kak ain (cikgu noraini) ketua panitia Bahasa Melayu.. memang banyak pengalaman kak ain..seronok belajar dari dia.. tapi, sayangnya kak ain sudah meninggalkan kami.. beliau akan berhijrah ke gelang patah.. alhamdulillah... moga kita bertemu kembali ye kak ain..

ok.. gambar anak murid, x yah lah upload.. hehe len kali naaa

Jumaat, 9 Disember 2011

contoh gubahan hantaran


bila ada majlis perkahwinan, tak lengkap rasanya kalau tiada hantaran perkahwinan. kalau ikutkan dalam hukum islam, hantaran ini tiada dalam syarat nikah mahupun rukun nikah.. yang wajib hanyalah mahar perkahwinan. dan sebaik2 perempuan adalah yang rendah kadar maharnya. 

namun, sudah menjadi adat orang melayu, nak tunang kena ada hantaran, nak kahwen kena ada hantaran. semua tu kadang2 boleh membebankan pengantin, tapi apa salahnya kan kalau kita nak menghadiahkan sesuatu yang istimewa untuk bakal suami atau isteri kita tu.. 

kalau ikut zaman sekarang pula (2011), masyarakat dah tidak kisah untuk memberi hantaran tersebut, kadang2 bola sepak, bola futsal, ps3, helmet, replika rumah, semua jadi hantaran. ermm kadang2 rasa diorang nie macam nak perhatian pulak kan... zaman sekarang juga, kebiasaannya macam2 bentuk hantaran jadinya.. cantik2 sampai rambang mata nak pilih.,.

dalam Islam, yang sebaiknya, kita ambik yg pertengahan, jangan terlalu membazir... oleh itu, saya mengikut tradisi keluarga saya.. buat hantaran sendiri.. hehe. walaupun idea sendiri, tapi cantik jugak tau.....

inilah beberapa contoh hantaran kahwen semasa majlis perkahwinan saya haritu.. semua sekali ada 13 dulang hantaran, tapi saya cuma ada beberapa keping gambar sahaja dalam simpanan saya.. kepada kakak-kakak saya, bolehlah savekan gambar hantaran mimi then bagi kat mimi yea.. =) semua hantaran kahwen adalah handmade.. hehe 
oklah, sekadar mencuci mata, bolehlah kita lihat sebahagian gambar-gambar yang saya paparkan ini...

baju kemeja n seluar jean tu, hasil gubahan kakak ipar saya. kak ina :)
tq kak ina. luv u

bakul buah-buahan.. hasil idea kreatif n sumbangan kak cik =)
tq very much cik.. luv u 2

ini pun hasil kerja kak cik.. kreatif jgk kak cik nie ye..
 jadi gubahan tuala tu... =)

dalam kotak tu, ada sejadah ngan kain pelikat.
hasil tangan kreatif kakcik jgk. fuhh dahsyat kakcik =)

haaa... ini dia hasil gubahan kak zah =)
gula2  n coklat kot :)
time buat gubahan nie, saya x pasti saya sibuk wat pe.. sbb masa kakzah buat gubahab nie, saya langsung tidak melihatnya.. tapi jadik jugak ekk

cuma.. hasil gubahan kaklong yang lum dapat diupload sbb saya belum jumpa lagi dalam album gambar nie.. banyak sangat pulak,,, hehe sori long.

Pesanan Imam Al-Ghazali


Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...

1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
( Surah Ali Imran 185 )


2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
( Surah Al A'araaf 179 )


Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .


4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."
( Surah Al Ahzaab 72 )


Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.


5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.


6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Rabu, 7 Disember 2011

saya sudah selamat....



alhamdulillah..
sudah 2 minggu lebih saya telah selamat diijabkabulkan dengan suamiku amin bin abd rahim..

alhamdulillah.. tanggal 19.11.2011 kami telah disatukan... manakala pada 20.11.2011 pula adalah majlis walimatul urus..

mengikut hukum, mengadakan majlis walimah ini adalah sunat muakkad.. kita perlu memaklumkan kepada semua orang yang kita sudah berkahwin.. terdapat juga dalam hadith menyuruh kita menyembelih sekurang2nya seekor kambing menandakan kesyukuran dan untuk bersedekah kepada orang ramai yang meraikan kita... terdapat juga dalam hadith membolehkan kita memukul gendang sempena majlis walimatul urus tersebut..

manakala hukum menghadiri ke majlis walimah adalah wajib.. lagi2lah jika rumah kita dekat dengan rumah tersebut.. jika tidak dapat hadir dengan sebab keuzuran, perlulah memberitahu kepada wakil keluarga tersebut..

saya mengucapkan terima kasih kepada semua.. terutamanya ahli keluarga saya yang banyak membantu saya... semoga Allah, ibu bapa serta keluarga memberkati dan merestui ikatan perkahwinan ini.. semoga Allah memberi kami kasih sayang yang berkekalan sehingga ke akhir hayat, meredhoi kehidupan kami, memberi kami
zuriat dan keturunan yang soleh dan solehah ... amin....

saya ingin memetik beberapa potongan ayat al_quran dan hadith tentang perkahwinan....

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang." firman Allah.. (Ar-Rum 21)

Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku
, dia bukan daripada kalangan umatku"

(riwayat Al-Bukhari)


mafhum hadith juga : jika kita telah berkahwin, ini bermakna kita telah menunaikan sebahagian dari ibadah, maka selebihnya, hendahlah kita bertaqwa kepada Allah...



Sabtu, 26 November 2011

:: jodoh ketentuan Allah ::

Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi permaisuri hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?
Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.
Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.
Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:
1. Hikmah pengajaran
Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.
2. Asbab bertemu jodoh
Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.
3. Takdir
Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

Selasa, 1 November 2011

tuntutan berjamaah bagi kaum wanita



mengerjakan solat berjamaah bukan sahaja menjadi sunat muakkad ke atas golongan lelaki, malah ia juga disunatkan ke atas golongan wanita.

namun begitu, solat berjamaah bagi kaum wanita diutamakan dengan mengerjakan di rumah mereka daripada dikerjakan di masjid, sebagai cara untuk menghindarkan diri dari timbulnya fitnah dan sebagainya.

berhubung perkara itu, terdapat riwayat yang menjelaskan :

"dari ibnu masud radhiyallahu anhu, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda : ' solat yang dikerjakan di rumah oleh golongan wanita lebih utama dari solat yang dikerjakan di biliknya dan solat yang dikerjakan di bilik tidur lebih utama dari solat yang dikerjakan di ruang rumahnya'"

namun begitu, sekiranya golongan wanita ini berminat untuk mengerjakan solat berjamaah di masjid, maka dalam hal ini mereka tidak boleh dihalang dari melakukannya, kerana terdapat riwayat yang menjelaskan :

"dari ibnu Umar r.a beliau berkata bahawa rasulullah s.a.w pernah bersabda : janganlah kamu melarang gholongan perempuan kamu yang hendak ke masjid, walaupun rumah-rumah kamu lebih baik bagi mereka'"

Ahad, 30 Oktober 2011

stesen bas baru bandar ayer hitam

gambar akan di upload kemudian..

baru sebentar tadi saya menghantar adik saya menaiki bas ke segamat untuk pulang ke asrama. tiba-tiba saya dan adik saya lihat, tiada orang di stesen bas lama ayer hitam. kami merasa pelik, mana perginya orang yang ramai di stesen...

adik saya zharif sudah risau..macamana nak balik asrama nie.. ?katanya.. kemudian dia pun mencadangkan kepada saya supaya pergi ke stesen bas baru di jalan kluang.. saya pun pusing melalui jalan johor menembusi jalan kluang.. alangkah leganya dia apabila melihat ramai orang berada di stesen bas baru ayer hitam tersebut.. bas-bas pun banyak di situ sedang menunggu penumpangnya..

wah..ayer hitam sudah ada kemajuan... selama saya menetap di ayer hitam , stesen basnya x pernah berubah2.. sehinggalah tahun 2011 barulah ada sedikit kemajuan di pekan kecil ayer hitam ini... tetapi, masih byk kedai2 yang kosong yang berdekatan dengan stesen bas ayer hitam ni... masih banyk lagi kekurangan di pekan ayer hitam ini.. antaranya, tiada kemudahan bank di sini... ermm moga-moga suatu hari nanti kita akan melihat perkembangan ayer hitam ke arah yang lebih baik...

ketika saya meninggal malaysia suatu ketika dahulu, saya mengharapkan ayer hitam sudah maju, tapi sayangnya tiada perubahan.. ape yang YB buat ek? hehe

setelah 5 tahun, barulah ada sedikit kemajuan.. alhamdulillah... syukur di atas nikmat Allah S.W.T

Sabtu, 29 Oktober 2011

negeri sembilan vs terengganu

malam nie, akan berlangsung secara live perlawanan akhir piala malaysia antara negeri sembilan dengan terengganu..

selama ini, saya tidak pernah mengambil tahu pasal bola, tp malam nie saya sudah bersedia untuk menonton perlawanan akhir ini..saya harap kedua dua pasukan menunjukkan persembahan yang hebat. hehe maklumla, ini kali pertama saya berminat untuk melihat bola sepak..

pasukan pilihan saya tentulah negeri sembilan kerana negeri sembilan berdekatan dengan negeri saya johor.. hehe bukan sebab player dia sebab saya tak kenal sorang pun player dia kecuali aidil ngan zakuan adha tu... yg lain semuanya saya tak kenal.. kalo yang terengganu lagilah saya tak kenal, sebabtu saya tidak sokong terengganu..

tapi sayangnya, ramai yang meramalkan terengganu akan menang.. erm mari kita saksikan malam ini....

Jumaat, 21 Oktober 2011

Allah hu Akbar..


bismillahirrahmanirrahim...

ya allah.. lama betul saya tidak mengupdate blog..begitu juga dengan blog rakan-rakan yang lain, dah lama betul saya tidak menjengahnya... insya Allah hari ini saya ingin menhidupkan kembali blog saya yang sudah terlalu lama menyepi... Ya Allah.. banyak betul dugaan hidup yang kita perlu hadapi.. benarlah, dunia ini umpama pentas lakonan semata-mata akhirat jualah tempat yang sebenar-benarnya..

kehidupan di dunia ini umpama seorang perantau yang sedang mengembara untuk menuju ke suatu tempat . kehidupan di dunia hanyalah sementara manakala yang kekal abadi hanyalah hari akhirat kelak.. sementara di dunia inilah kita perlu mencari bekalan sebanyak mungkin untuk kehidupan di akhirat nanti. bekalan itu bukan bermakna wang ringgit, emas, permata, berlian dan sebagainya. bekalan yang dimaksudkan adalah amal ibadah kita.. kerana apabila kita mati sahaja, kita hanya membawa 3 perkara iaitu, ilmu yang bermanfaat, doa anak yang soleh dan amal ibadah serta kebajikan...

Ya Allah.. aku bersyukur padaMu ya Allah, kerana memberiku nikmat yang teragong sekali... Ya Muqallibal Qulub.. thabbit qulubi ala dini wa tooatik.. aku hanya mengharap padaMu.. tiada pengharapanku kecuali Engkau.. Aku berserah padaMu kerana engkaulah sebaik-baik perancang... Aku bersyukur dengan segala aturan hidupmu terhadapku... Aku hanya mampu berdoa..mengharapkan kebahagiaan dan keredhaanMu di dunia dan akhirat...

Ya Allah.. kehidupanku akan bermula lagi.. satu lembaran baru dalam hidupku... Aku hanya memanjatkan doa kepada mu agar segala-galanya berjalan dengan lancar.. aku tahu bukan senang untuk melayarinya.. persefahaman, tolenransi itu penting... di samping itu, sikap hormat menghormati dan berkasih sayang sangat dituntut... Ya Allah.. mudah-mudahan aku dapat menghadapinya dengan tenang dan baik.. harinya semakin tiba...kurang sebulan dari sekarang.. semakin kuat harapanku kepadaMu..semakin gerun untuk aku menghadapinya... kerana sesungguhnya aku insan yang lemah.. tidak mampu menghadapinya seorang diri... Ya Allah... Kau berilah kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan dalam keluarga ku dan juga keluarga yang akan tercipta kelak.. Amin ya robbal alamin...

Jumaat, 18 Mac 2011

9 jenis wanita yang menjadi perhatian

1. SIKAP KEIBUAN

Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2. KEANAK-ANAKKAN

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny­a kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan
kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3. PENUH PENGERTIAN

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

4. MENGHARGAI

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. MENJAGA PENAMPILAN

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6. PANDAI BERBICARA

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.


7. PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.Apabila berhadapan dengan suasan yang baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.


8. MENGHORMATI DIRI SENDIRI

Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9. SIMPATI DAN PRIHATIN

Lelaki suka wanita yang murah hati,mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Source: unknown


Selasa, 8 Mac 2011

kaka abg ku..





dah lama abg ku bela haiwan ini.. mula2 saya ingatkan dia tikus.. rupa2nya arnab... hehehe.. comel kan... tp macam dah tua.. dah lama abg ku bela, tp x membiak2.. nape ek? dah menapous ke arnab nie... ke lum baligh.. sian dia...

Isnin, 7 Mac 2011

kelas ku 2.. after di touch up...

cantik tak...?

bahagian belakang kelas...


bahagian depan kelas...
sebenarnya dah touch up lg...
ada bunga guru n kat keliling papan hitam tu... lum sempat amik gambo...




saya masih lagi berusaha menjadikan kelasku lebih kandusif n selesa untuk belajar....

kelas ku..

budak2 pempuan 5 bestari mengecat....

budak2 membuang ape yg tidak perlu..


budak2 sedang mengacau dodol.. ehh cat la...


bahagian depan kelas 5 bestari...


kelas 5 bestari sebelum di touch up..


ku ingin berbakti... selagi ada hayatku.. selagi aku termampu.. Ya Allah.. berilah aku kesempatan walaupun seketika.....


Khamis, 3 Mac 2011

kelembutan hati seorang wanita

Saat ia ingin berkata-kata, ia diam
Saat ia ingin marah, ia bersabar dalam keheningan
Saat ia ingin menangis, ia tertawa
Saat ia direndahkan, ia mengucap syukur
Saat ia ditinggalkan, ia menunggu untuk kembali
Saat ia dihina, ia mencinta
Saat ia disakiti, ia mengampuni
Saat ia ingin pergi, ia menunggu meski tak pasti
Saat ia ingin berhenti, ia berlari
Saat ia lelah, ia tak menyerah
Saat ia ragu-ragu, ia bertahan
Saat putus asa, ia berdoa

Wanita, lebih lembut daripada cinta
Mulia dalam ketidakmuliaan
Keindahan yang terasing bagai mutiara
Siapakah yang akan menemukannya?

Selasa, 1 Mac 2011

kepala ku ting tong

adeq ayip n adeq nabila.....



ngan ayip masa cuti kelmarin.. 26 feb 2011 pakai enset nokia c3

masa festival layang2 sedunia kat pasir gudang.. pakai enset nokia 5800

Khamis, 24 Februari 2011

mutiara jiwa

Barangsiapa yg berbuat amal utk akhiratnya,
maka ALLAH akn cukupkan urusan dunianya..
Barangsiapa yg memperbaiki hati nuraninya
maka allah memperbaiki lahirnya,
barangsiapa yg memperbaiki apa yg ada di antara dia dan ALLAH,
maka ALLAh akan memperbaikinya
Dalam diari perjuangan tiada masalah yang merumitkan,
ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan. .....
Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat.......
Mereka tepu dengan dugaan......
Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi,
lambang kekerdilan kudrat hamba......
Berdepan dengan "belaian" pencipta, sebagai tanda ingatanNya.. ....
Semoga tabah dan thabat dalam perjuangan.. apa yg ada di antara dia dan manusia.

Isnin, 21 Februari 2011

SUMBER SUMBER AJARAN YAHUDI

1. bible
2. talmud
3. protokol2 yahudi

bible ditulis 1000 tahun selepas Nabi Isa a.s dilahirkan. mereka mendakwa ia adalah wahyu ilahi. bible diguna pakai oleh puak Kristian dan Yahudi bersama-sama. penganut kristian menterjemah bible dari bahasa Ibrani manakala Aramik adalah bahasa Bible terjemahan bahasa Suria.


akan bersambung =)

Isnin, 7 Februari 2011

Tutup aurat tidak sekadar bertudung

pemakaian yang biasa kita lihat... TAPI.. betul atau salah?

YANG SEPATUTNYA...

SOALAN MENUTUP aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Bolehkah ustaz memberikan nas-nas dari al-Quran ataupun rujukan hadis yang menjelaskan balasan bagi wanita Islam yang tidak menutup aurat.

JAWAPAN DALAM kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33). Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian.

Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita. Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.

Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak.

Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.

Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan "Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup." Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.

Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik… Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?

Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.

Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.

Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT.

Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.

Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai 'AhlulBait'dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)

Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat: "Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya." (Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483).

Manakala Abu Ubaidah berpendapat: "Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah."(Tafsir al-Alusiy, jld: 21, hlm: 8)

Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka.

Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.

Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai 'ahl al-bait' dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.

Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.

Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.

Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT.

Dulu, zaman Nabi SAW, orang-orang Arab kuat nafsu, sebab itulah wanita zaman itu kena berkelubung, pakaian warna hitam, tutup muka dan sebagainya. Kalau betul apa yang didakwa, minta tolong kemukakan kes-kes rogol dan pencabulan yang ada pada masa itu. Itu di zaman jahiliah.

Wanita Melayu juga pada satu ketika dahulu, mungkin awal 1950an, perempuan-perempuannya berkelubung dengan kain batik, bila dengar suara lelaki lari menyorok, tidak mudah keluar rumah.

Maksudnya pergerakan dan perwatakan mereka dikawal oleh kedua-dua orang tua. Adakah pada awal tahun 1950 banyak kes rogol, pencabulan, buang anak, gugurkan janin, anak luar nikah, lari dari rumah, kanak-kanak hilang dan sebagainya?

Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luaran yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini.

Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham.

Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.

Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...