terima kasih sahabat

Jumaat, 31 Disember 2010

Hati yg sempurna

Pada suatu hari, seorang pemuda berdiri di tengah kota dan menyatakan bahawa dialah pemilik hati yang terindah di kota itu. Banyak orang kemudiannya berkumpul dan mereka semua mengagumi hati pemuda itu, kerana memang benar-benar sempurna. Tidak ada satu cacat atau kerosakan sedikitpun di hati pemuda itu. Pemuda itu sangat bangga dan mulai menyombongkan hatinya yang indah.
Tiba-tiba, seorang lelaki tua bersuara dari kerumun orang ramai, tampil ke depan dan berkata

"Sebenarnya hatimu masih belum seindah hatiku ".
Orang ramai dan pemuda itu melihat pada hati lelaki tua itu. Hati lelaki tua itu berdegup dengan kuatnya, namun penuh dengan bekas luka, dimana ada bekas potongan hati yang diambil dan ada potongan yang lain ditempatkan di situ; namun tidak benar-benar kemas dan ada sisi-sisi potongan yang tidak rata. Bahkan, ada bahagian-bahagaian yang berlubang kerana dicungkil dan tidak ditutup kembali.

Orang ramai itu tercengang dan berpikir, Mengapa lelaki tua itu mengatakan bahawa hatinya lebih indah ?
Pemuda itu melihat lelaki tua itu dan memperhatikan hati yang dimilikinya dan tertawa

"Pakcik pastinya bergurau", katanya.
"Bandingkan hatimu dengan hatiku, hatiku sangatlah sempurna sedangkan hatimu tak lebih dari kumpulan bekas luka dan goresan".
"Ya", kata lelaki tua itu,

" Hatimu kelihatan sangat sempurna meski demikian aku tak akan menukar hatiku dengan hatimu. Lihatlah, setiap bekas luka ini adalah tanda dari orang-orang yang kepadanya kuberikan kasihku, aku merobek sebahagian dari hatiku untuk kuberikan kepada mereka, dan seringkali mereka juga memberikan hati mereka untuk menutup kembali hati yang telah kuberikan.
Namun hanya kerana setiap robekkan hati itu tidaklah sama, ada bahagian-bahagian yang kasar, yang sangat aku hargai, kerana itu mengingatkanku akan cinta kasih yang telah bersama-sama kami miliki.

Adakalanya, aku memberikan potongan hatiku begitu saja dan orang yang kuberi itu tidak membalas dengan memberikan potongan hatinya. Perkara itulah yang meninggalkan lubang-lubang robekkan yang hanya satu kesempatan dan tidak kesampaian.

Meskipun bekas robekkan itu menyakitkan, mereka tetap terbuka, itulah yang mengingatkanku akan cinta kasihku pada orang-orang itu, dan aku berharap, suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lubang-lubang itu. Sekarang, tahukah engkau sesungguhnya keindahan hati itu?"

Pemuda itu berdiri membisu dan airmata mulai mengalir di pipinya. Dia berjalan ke arah lelaki tua itu, menggapai hatinya yang begitu muda dan indah, lalu merobeknya sepotong.

Pemuda itu memberikan robekkan hatinya kepada lelaki tua dengan tangan-tangan yang gementar. Lelaki tua itu menerima pemberian itu, menaruhnya di hatinya dan kemudian mengambil sedikit cebisan dari hatinya yang sudah amat tua dan penuh luka, kemudian menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu. Cebisan itu menutupinya, tetapi tidak sempurna, kerana ada permukaan yang tidak sama rata.

Pemuda itu melihat ke dalam hatinya, yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, kerana cinta kasih dari lelaki tua itu telah mengalir ke dalamnya. Mereka berdua kemudian berpelukan dan berjalan beriringan.

Jumaat, 17 Disember 2010

pesan aizat.

Pejamkan mata mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya
...
Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini ( 7x )

Ahad, 10 Oktober 2010

resepi rini..

sebenarnya hari ni nak masak resepi nie..

laksa penang

tp x jd.... sbb dah x de mood... emm lain kali la buat...


Ahad, 3 Oktober 2010

Tip Membuat Keputusan

pernahkah anda bingung dalam membuat keputusan? di sini disebutkan beberapa petua yang cukup praktikal untuk diamalkan ketika membuat keputusan dalam pilihan.

PERTAMA: SOLAT ISTIKHARAH
Solat istikharah patut menjadi parioriti orang muslimdalam membuat sebarang keputusan. tidak semua perkara yang diinginkan oleh kita adalah yang terbaik buat kita dan tidak semua peerkara yang tidak kita sukai membawa mudarat. hanya Allah s.w.t yang tahu apa yang terbaik buat kita. ini dijelaskan lagi dengan firmanNya yang bermaksud:
" dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk pada kamu. dan ingatlah, Allah jualah Yang Maha Mengetahui semuanya itu, sedangkan kamu tidak mengetahuinya " ( Surah AL-Baqarah 2: 216 )


KEDUA : MUSYAWARAH
Musyawarah, suara bermesyuarat atau diskusi amat penting. satu akal yang bersuara membuat keputusan sama sekali tidak sama dengan suara majoriti atau yang kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat membuat keputusan sematang mereka yang berilmu dan mempunyai pengalaman hidup yang banyak. oleh sebab itu, mintalah pendapat orang soleh, ilmuan atau mereka yang lebih berumur daripada kita seperti ibu bapa dalam membantu kita membuat keputusan.

KETIGA : DENGAR KATA HATI
hati juga boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan. tetapi perlu bersyarat. bukan sebarang hati yang kita boleh dengar kehendaknya. hanya hati yang cintakan Allah dan Rasul yang layak dipertimbangkan. oleh itu, dengarlah kata hati selepas solat terutamanya selepas solat fardhu, solat taubat atau solat istikharah serta ketika sedang berpuasa.

pesanan: tip yang diberikan tidak boleh diamalkan bagi membuat keputusan dalam soal mematuhi arahan Allah dan menjauhi laranganNya.

Isnin, 27 September 2010

x de tajuk yg sesuai.. just nak update yg bebukan.. hihi

gambar nie masa kat upsi dulu... x de kaitan ngan post kali nie pon...

tetiba aku terasa rindu.. emm sampai bila ek?
merengek, mengaruk, semua ditujukan untuk aku.. hahaha bila teringat balik, kelakar pulak jadinya..

Rabu, 22 September 2010

emm

assalamualaikum.. jom solat maghrib.. nak masuk maghrib nie.... salam..

Rabu, 26 Mei 2010

adakalanya aku..

BERSEDIH.....AKU SUKA
- menangis,menangis,menangis semahu-mahunya bila seorang diri,sebelum tido,ketika keseorangan.
-membaca Al-Quran sambil memikirkannya...
-solat hajat memohon petunjukNya
-melayan lagu-lagu yang menyentuh jiwa ku seperti ayat-ayat cinta-rossa, aku wanita- siti nurhaliza
-menanggung seorang diri..
-cuba ceriakan diri bila bersama kawan-kawan
-cuba sembunyikan masalah aku dari kawan2...

KECEWA... APABILA
-masih ade lagi insan yang menyakitiku..
-masih ade lagi insan yang tidak menghargaiku..
-masih ada lagi insan tidak memahamiku..
-masih ada lagi insan cemburu kebahagiaanku..
-masih ada lagi insan buruk sangka pada ku..
-masih ada lagi insan menyusahkan hidupku...

GEMBIRA... APABILA
-ibu bapaku gembira..
-semua insan sayang kepadaku..
-semua insan menggembirakanku..
-dapat keluar bersama kawan-kawan seangkatan...
-dapat melangsaikan semua tugasku...
-ada orang menghargaiku..
-semua insan tiada hasad dengki, tidak menjadi batu api..

NAMUN.... AKU GEMBIRA
-kerana Allah menguji aku setakat mana yang aku mampu..
-Allah menyayangiku..
-Allah mengujiku tanda Allah mengingatkanku..

Isnin, 17 Mei 2010

aktiviti minggu lepas.

semalam, masa pg kenduri kawen member kat kulai

kak yati n suami di kulai..

makan2 kat nandos.. tq sob belanja kami... :)

haqeemi n saya...

saya, hani n k.syariah.. jalan2 cari makan kat nandos...


minggu lalu, saya telah menghabiskan masa rajukku bersama teman-teman.. thanks ye kawan kerana sudi menemaniku... korang sume x akan saya lupe selamanya... insyaAllah...

Selasa, 11 Mei 2010

aku wanita biasa...


aku wanita punya hati nurani
yang tak dapat dibohongi
pabila cinta telah membutakan mata
dan membuat tuli telinga

apakah salah jika aku menyinta
apakah salah jika engkau ternyata
pilihan hati belahan jiwaku ini

cintaku ini anugerah terindah
dari yang maha kuasa
cintaku padamu tak pernah berubah
meskipun kita berbeza

apakah salah jika ku menyinta
apakah salah jika engkau ternyata
pilihan hati belahan jiwaku ini

@ aku wanita aku kaum hawa
yang memang rapuh hatinya
aku wanita aku punya cinta
selayaknya manusia

apakah salah jika aku menyinta
apakah salah jika engkau ternyata
pilihan hati belahan jiwaku ini

ulang @

haaaa
wanita...
haaaa
wanita...

yang hanya perlu engkau fahami..

ulang @




Isnin, 10 Mei 2010

hobi mak saya..
















ini ikan kesayangan mak...

mak saya seorang yang penyayang... mak mampu membesarkan 11 orang anak dengan penuh kasih sayang... sehinggalah anak-anak emak sudah besar.. semua anak-anak mak mempunyai komitmen masing-masing sehingga memaksa anak-anak meninggalkan mak dan ayah berdua di kampung... mak kebosanan di rumah, selain ayah sebagai peneman, mak ada membela kucing bernama kuning sebagai kawan... selain kucing kuning yang manja tu mak juga ada membela monyet kecik pendatang yang saya pun tak tau entah dari mana datangnya haiwan tersebut..

mak menyambut baik kedatangan monyet kecil tersebut.. setiap pagi, mak akan panggil monyet dan beri makan.. setiap malam, mak menjengah monyet yang menangis kesejukan di bawah kepak ayam jaguh.. begitulah sayangnya emak kepada monyet... suatu hari jiran saya telah memerangkap monyet kecil itu.. mak sedih.. mak minta jiran tersebut melepaskan kembali monyet yang sudah manja ngan keluarga saya itu...

tiba-tiba monyet hilang selama 4 hari...kami sekeluarga agak risau kemanakah monyet kecil tersebut.... suatu hari sedang emak menjemur kain di luar rumah, mak nampak monyet di dalam longkang... kasihan.. monyet tersebut tidak boleh bangun dan ekornya hampir terputus.,.. mak memanggil ayah.. ayah pun mengangkat monyet tersebut dan meletakkan monyet itu di halaman rumah. ayah beri monyet tersebut susu.. letakkan ubat gamat pada lukanya.. kasihan monyet tersebut.. mungkin telah diserang... hayat monyet tersebut tidak pangjang.. pada keesokkan pagi, monyet tersebut telah pergi buat selama-lamanya.... hilang sudah kawan baik mak...

selepas pemergian "nyetmo" (panggilan kami kepada monyet kecil itu), mak membela ikan pula... setiap kali pergi ke pasar isnin dan khamis, mak akan membeli ikan, banyak ikan mak beli.. antaranya ikan emas, sepat, puyu, pelaga dan ada juga yang saya tidak tahu namanya.... suatu hari, ayah ingin segera pergi ke pasar.. pada ketika itu,mak sedang menukar air ikan.... mak tukarkan dengan air paip... mak pun pergi ke pasar bersama ayah..manakala saya pula pergi lewat sedikit... biasalah bersiap pun lama... hehehe

sampai parit raja, jumpa mak kat pasar.. makan2 dulu.. mak beli lagi ikan.. minat betul mak.. kemudian mak dan ayah balik dahulu memandangkan saya banyak lagi barang nak cari... dalam sejam, tetiba mak telefon.. mak bgtau.. semua ikan mak yang kat rumah sudah tergolek.. kesian mak.. sedih mak.. saya juga sedih bila dengar suara mak dalam kesedihan.. mak minta saya beli lagi ikan dengan apek kat pasar tu.... saya pun bergegas ke pasar untuk mencari apek jual ikan... saya bgtau apek tersebut ikan mak kat rumah semua dah mati... apek tu kata, tak boleh guna air paip.. kene simpan 4 hari baru boleh guna... maka, saya pun beli lagi ikan lagi 4 ekor... ikan nie sebagai penghibur hati emak...

semoga mak happy dan bahagia serta diberikan kesihatan yang berpanjangan... amin.. begitu juga dengan ayahku...

Kursus dan bengkel pemantapan P&P dan bengkel Penandaan Tasawwur Islam SPM 2010

pada sabtu yang lalu, saya telah mengikuti kursus dan bengkel pemantapan P&P untuk subjek Pendidikan Islam... memandangkan tahun ini merupakan tahun kedua saya mengajar, maka semakin ramailah kenalan yang saya kenali... salah seorang teman yang saya kenali semasa mesyuarat panitia Tassawwur Islam memberitahu saya bahawa pada hari Isnin (10.5.10) PPD akan mengadakan bengkel penandaan Tassawwur Islam spm... tp.. surat tidak sampai di sekolah saya... sehinggalah hari Isnin surat masih tidak sampai... ,maka, camne saya nak pegi ek? emmm last2 saya diizinkan untuk pergi dalam pukul 9 pagi... lewat 1 jam... ermmm sabar ajelah.. saya pun selaju yang boleh untuk mengejar waktu.. Al-Hamdulillah.. semuanya selamat... tapi sepanjang saya menghadiri bengkel tersebut, kepala saya terasa amatlah sakit.. pening kepala.. entahlah.. kurang tidur ke..terlebih tidur ke terlalu banyak berfikir ke atau saya teringat kat seseorang... emmmmm............. sampai sekarang kepala saya masih lagi pening.. panadol x de.. dah abis pulak... ermmmm

Ahad, 9 Mei 2010

masa kat sekolah...



Selamat Hari Ibu mak....

Selamat hari ibu mak..
engkaulah ratu hatiku...
bila ku berduka..
engkau hiburkan selalu...
ibu... ibu..
engkaulah ratu hatiku...

gambar tu, masa saya bercuti bersama mak, ayah, din, ayip n keluarga abg pie ke pulau pangkor...
insyaAllah cuti sekolah bulan ini, kami merancang ke Kelantan pula.. ada rezeki n panjang umur, nak ke Langkawi pula... :)

selamat tinggal FB..

assalamualaikum kepada semua pembaca yang beragama Islam... alhamdulillah.. hari ini sudah hari ke 9 dalam bulan mei.. dah lama rasanya saya tidak menulis apa-apa dalam blog saya ini... mungkin kekangan masa dan kehidupan yang lebih selesa dan bahagia membuatkan saya terlupa untuk mengupdate blog ini....

namun, pada awal minggu lagi saya sudah didesak oleh naluri saya untuk menulis sesuatu dalam blog saya.. kalau dahulu, saya banyak menulis tentang perasaan, perkara-perkara ilmiah dan kadang-kadang sesuatu yang saya ingin kongsikan bersama semua pembaca.... tetapi pada minggu lepas, saya didorong hati nurani saya untuk melepaskan perasaan sedih dan kecewa saya untuk diluahkan dalam blog saya ini.... namun, impian saya itu tidak kesampaian... saya berfikir semula... siapalah saya untuk menulis riwayat hidup saya, kesedihan saya, kesusahan saya, kerisauan saya, kekecewaan saya, kepedihan hati saya untuk tatapan umum... pada saya.. adalah lebih baik saya mengadu nasib saya kepada ILAHI yang lebih mengetahui segalanya... oleh itu, saya menangguhkan hasrat hati saya itu untuk sementara waktu, sehinggalah saya rasa hati saya tenang dan senang.... pada ketika saya menulis ini saya rasa ketenangan itu.. Al-Hamdulillah.. ketenangan juga adalah rahmat dari Tuhan....

pada minggu lalu, berlaku konflik dalam jiwa saya yang menyebabkan saya menghentikan sementara akaun FB saya.. kalau dahulu, FB lah peneman saya, penghibur saya saat saya kebosanan, pemadam rasa rindu saya pada kawan-kawan lama yang telah lama tidak berjumpa, penghubung silaturrahim dan merapatkan silaturrahim. namun pada minggu lepas, saya dapat satu keburukan daripada FB yang selama ini saya aktifkan sehingga saya terlupa untuk menulis di blog ini.... pada saya Fb juga boleh mengundang fitnah dan menimbulkan rasa keraguan, sakit hati kepada seseorang... kadang-kadang, kata-kata seseorang boleh memberi kesan kepada orang yang lain.. apa sebenarnya tujuan dia.. adakah ingin memporak-peranda kebahagiaan orang lain... errrmmmm tepuk dada, tanyelah iman..

jadi, bagi mengurangkan rasa kebengangan saya, saya ingin menutup akaun FB saya... tetapi saya masih tidak tahu bagaimana cara untuk menutup akau FB tersebut.. emmm cuma buat masa ini, saya tidak mengaktifkan akaun tersebut.. minta maaf ye teman-teman.. kamu semua di hati saya....


Ahad, 14 Mac 2010

banyak nak citer...

banyak sangat yang nak dicerita sebenarnya.. tapi tak berkesempatan... hehe k la.. selamat bercuti kepada semua pelajar2... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...