terima kasih sahabat
Rabu, 30 Disember 2009
percutian akhir tahun 2009
semasa berada di pulau pangkor, banyak kenderaan yang telah kami naiki sebagai transpot kerana kereta di tinggalkan di tempat parking kereta.. kami menunggang motosikal kapcai, teksi pangkor (bentuknya adalah van), bot dan feri... cuma basikal kami x sempat nak tunggang... :) yang paling best sekali adalah ronda2 pulau dengan menaiki motorsikal... k.noni menyewa 4 buah moto dengan harga RM10 sebuah selama 3 jam... terasa lawak menaiki motorsikal tersebut..bukan setakat buruk, tapi helmet yg dibekalkan menyebabkan kami tertawa terbahak-bahak apabila melihat ahli keluarga yg lain memakainya...
suatu kepuasan bagi saya juga meronda-ronda dengan menunggang motosikal.. saya hanyalah sebagai pembonceng kerana saya tidak pandai menunggang motosikal.. saya membonceng bersama adik saya zharif, din membawa ayah, abg pie membawa mak dan k.noni membawa anaknya 2 org.. kesemua sekali 4 buah moto.. pulau pangkor kecil sahaja... jalan pun kecil, walaupun kecil, tiada kesesakan lalulintas di sini kerana pengangkutan utama mereka adalah motosikal...
macam2 aktiviti yang kami lakukan selama 3 hari di sini.. rasa seperti tidak mahu pulang... hehe tapi apakan daya ini hanyalah sekadar mengisi waktu cuti persekolahan kami.. orang kata, sesekali release tension.. kalo berkerja sahaja tak henti2 tension juga kan...
kami pulang semula ke kampung pada hari jumaat malam.. tepat jam 10malam kami sampai di rumah.. saya memandu dari gopeng ke tapah dan dari rawang ke air hitam.. sekadar berkongsi bersama pembaca, saya ingin menyatakan pengalaman saya sepanjang memandu di haighway haritu.. saya ingin menyatakan sikap pemandu bas di malaysia ini.. baru sahaja nahas bas sani ekspress berlaku yg menyebabkan kematian 10 jiwa yg tidak bersalah.. apa yg ingin saya kongsi di sini adalah, sikap pemandu bas yang suka membawa terlalu laju dan seperti tidak menghiraukan kenderaan lain.. saya tahu dia besar, tapi dia tidak mahu mengalah... contohnya membawa melebihi had laju yg sebenarnya... ini kerana ketika saya memandu dalam kelajuan 120 atau 130, masih ade bas yang memotong kembali saya setelah saya memotong dia... huh.. memang tak mahu mengalah bas nie.. dah la bawa nyawa yang banyak, besar, tidak mahu berhati2 pula... ermmm saya hentikan perkongsian saya setakat itu....
Sabtu, 19 Disember 2009
catatan hari ini
cuti sekolah, hampir ke penghujungnya.... namun saya masih tidak terasa kehangatan cuti tersebut.. ini kerana, saya baru sahaja 4 hari pulang ke kampung untuk bercuti.. 3 minggu cuti sekolah saya telah dihabiskan di pasir gudang.. Aduh.. bosan sungguh di sana.. tak banyak aktiviti yang dapat saya lakukan.. walaupun seronok mendapat pengalaman menjadi pengawas SPM, tetapi kebosanan nya yang mengungguli saya segalanya....
saya tinggal seorang diri di rumah.. melayan diri seorang.... melayan diri sendiri.. nasib baik ada internet..dapat mengisi ruang kekosongan hidup saya... namun, saya tidak juga mengupdate blog ini kerana banyak meluangkan masa bermain game di facebook... hehe :)
sempena menyambut awal muharam ini, saya ingin berkongsi ilmu kepada semua pembaca umumnya dan kepada sekalian umat Islam khususnya.... ini kerana, jika saya tidak menyampaikan apa-apa wasiat kepada pembaca, saya rasa seperti ada kekurangan dalam blog ini...
wasiat saya pada hari ini..... :
Assalamualaikum
Hanya Ingin Mengingatkan
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"Ada 4 di pandang sebagai ibu", iaitu:
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur'an:
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zohor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
saya: sama-samalah kita mengambil peringatan... sempena tahun baru hijrah ini, diharap kita semua dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik... kita perlu berusaha, Allah yang menentukan segalanya...
Ahad, 6 Disember 2009
Jumaat, 4 Disember 2009
Khamis, 3 Disember 2009
Isnin, 30 November 2009
28 November 2009
Ahad, 1 November 2009
empat watak isteri
PERTAMA:
jenis ideal, isteri Musa. Walaupun al-Quran tidak menyebut namanya, namun isteri musa ini dikenali sebagai Safura anak perempuan Syuaib. Safura digambarkan sebagai gadis murni. Dia tertarik dengan Musa. cintanya kepada calon suami, tidak hanya demi kebahagiaan keluarga, iaitu membantu ayahnya. Al-Quran menggambarkan cinta mulia dan halus Safura melalui ayat 26 surah Al-Qashash yang bermaksud: salah seorang daripada kedua wanita itu berkata,"ya bapaku ambillah ia sebagai seorang yang bekerja (pada kita) , kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja kepada kita ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai."
dan sesungguhnya, perkahwinan yang ideal ialah perempuan yang mulia serta setia berpasangan dengan suami yang kuat lagi amanah. inilah pasangan romantis sebenar.
Sabtu, 31 Oktober 2009
terlalu banyak yang difikirkan...
Ahad, 25 Oktober 2009
senandung mekar ukhwah.. SMKTPR 2009
bersama cikgu syazulia
saya sebagai AJK Kebiru tentunya orang yang agak sibuk tentang pengurusan majlis tersebut.. kami hanya mempunyai 8 orang Ajk sahaja untuk menganjurkan majlis ini... hmm penatnya memang terasa.. Alhamdulilllah..semuanya berjalan dengan lancar.. sebarang komen bolehlah diutarakan pada laman FB yang direka rakan sejawat saya.. heee
gambar-gambar majlis akhir tahun itu insyaalah saya akan post kemudian kerana beberapa masalah yang tak dapat dielakkan... segala kenangan sebelum, semasa dan selepas majlis itu berlangsung, akan terpahat dalam memori saya.. . . yang paling seronoknya, saya antara tetamu bertuah kerana nombor saya telah dipilih antara nombor yang bertuah... heee tp hadiahnya pulak, saya dapat hadiah yg saya tak berapa suka masa ajk kebiru sibuk membeli hadiah..hehehe tp syukurlah kerana saya jarang terkena nombor bertuah ini... apapun, yg penting, saya antara AJK KEBIRU yg bertuah... jgn marah kengkawan yek..
mudah-mudah Allah permudahkan urusan kamu dalam segala hal.. ingatlah, setiap kesusahan itu ada kesenangannya.. saya harap kamu tabah menghadapi liku-liku hidup ini..
Isnin, 19 Oktober 2009
esok da sekolah..
hari nie, boleh dikatakan antara hari yang terbest bagi saya... dan juga hari yang menyedihkan bagi saya... kerana saya terpaksa meninggalkan mak saya keseorangan d rumah.. kesian kat mak.. tinggal mak dan ayah sahaja di rumah.. anak-anak semua ada urusan masing-masing.. mimi berdoa agar mak dan ayah diberi kesihatan tubuh badan, rohani, emosi dan intelektual... amin...
Ahad, 18 Oktober 2009
setelah sekian lama... akhirnya...
Isnin, 14 September 2009
.............. ^^........................ ii
AKU DAN DIRIMU
Tentang persaaan yang kian menyiksa,
Tentang rindu yang menggebu,
Tentang cinta yang tak terungkap.
Sudah terlalu lama kita berdiam,
Tenggelam dalam gelisah yang tak teredah,
Memenuhi mimpi2 malam kita....
Duhai cintaku sayangku, lepaskanlah..
Perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu..
Dan kini hanya ada aku dan dirimu,
Sesaat di keabadian.....
Jika sang waktu bisa kita hentikan,
Dan segala mimpi2 jadi kenyataan,
Meleburkan semua batas,
Antara kau dan aku....
Duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah...
Perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu,
Dan kini hanya ada aku dan dirimu,
Sesaat di keabadian.... oo.oo..
.............. ^^........................
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara
cinta yang rumit
bila keyakinan ku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mampu ku cegah
ayat ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud
Jumaat, 11 September 2009
2009 ..... Terima Kasih Allah..
bulan Ramadhan, bulan yang dibelenggu syaitan2 dan dicampak ke laut. tp macam mane ek kalo masih ade yg buat maksiat? digoda syaitan atau memang dah amalan harian? erm.. tepuk dada tanyelah iman... tp macamane pula orang yang menjadi .........? ape hukumnye..? yang boleh merosakkan hubungan sesama saudara... erm.. adekah digoda syaitan atau nafsu yang memberontak?
ape aku merepek nie...
tahun 2009, sudah sampai bln sembilan.. terima kasih Allah kerana menentukan takdir aku begini.. tahun ini tahun bermulanya penghidupan bagi aku.. kalo sebelum ini hidup aku hanyalah belajar, belajar, belajar... tapi tahun ini aku dah mula dengan dunia baru, bekerja, bercinta, hidup sendiri, belanja sendiri bayar zakat sendiri...
rasanya, begitu mencabar tahun ini, awal tahun, aku ditempatkan di sebuah sekolah yang agak jauh dari kampung.. tanjung puteri resort, pasir gudang.. dengar nama macam glamor, tp hakikatnya udaara yg kurang segar, hari2 hidu bahan kimia, anak2 didikan aku pulak kebenyakkannya agresif... berpuluh2 kali cakap baru paham... huhu.. sangat berbeza sewaktu aku bersekolah dulu... mungkin ini semua landasan untuk aku menggunakan kepakaran aku sewaktu belajar dulu...
bulan 6 besday aku... bestla gak umur semakin matang..tp perangai masih kebudak-budakkan kot.. maaf yer semua.. erm, akhir bulan 6 rumah aku dipecah masuk pencuri... semoga Allah membalas kamu dengan setimpal.. menggigil badan aku bila tengok bilik dan almari digeledah pencuri..ialah..hari2 balik sekolah kul 5, pencuri tu da ready awl2 kot..sbb kejadian nie berlaku waktu siang..dalam pukul 3 ptg... kerugian? adalah jugak.. kebanyakkan barang2 yg aku beli masa kat mesir dulu... hadiah dari sekolah dan laen2 yg aku malas nak fikir berapa kerugiannya kerana dibeli dengan wang genih, hadiah yg aku x berapa tau nilainya dan sebagainya... takpelah.. mungkin setakat itu sahaja rezki aku... aku bersyukur nyawa aku selamat...
bulan8, umat Islam akn berpuasa.. 21 Ogos hari terakhir persekolahan... pukul 3 aku terus drive utk pulang ke kampung dengan harapan bertarawih bersama2 keluarga berimamkan ayahku sendiri... tp aku diuji lagi.. sebuah bas telah melanggar aku dari sisi kiri.. fikiran aku buntu.. aku duduk je dalam kete kat tepi jalan.. tak tau nak buat ape.. kalo boleh tak nak kuarga tau... tapi mane boleh, mereka kuarga aku..ape2 hal aku kene bgtau... sepanjang jalan aku menangis.. dr skudai ke a.hitam aku bwk dlm 70km sejam je (betul ke ni?) maksudnya aku tenok kat meter tu 70. pastu sampai a.Hitaam dalam pukul 7 malam.. dengan bantuan dan nasihat orang yang aku percayai, kami pergi ke balai polis.. dalam pukul 10 lebih kot baru settle.. terima kasih yer.. jasamu akan ku kenang sampai akhir hayat walaupun kita dipisahkan 7 benua. esoknya, atas nasihat ababg2 kesayangan, aku pun menghantar myvi aku ke produa.. rasa dah fobia nak bawak kete lg..tp aku kuatkan semangat... akhirnya seminggu baru aku dapat kembalikan semula keaslian kete aku.. tapi calarnya masih ada... Alhamdulillah.. aku telah membayar +/_ rm500 atas kerugian tersebut.. aku bersyukur nyawa aku selamat...
bulan 9, aku diuji lagi... terima kasih Allah kerana aku diberi kewarasan akal.. alhamdulillah.. tiada kecederaan pada diri aku walaupun ...................... biar aku simpan dalam hati....
ape yang penting..me kasih.... bak kata alleycat.
Selasa, 11 Ogos 2009
makin kurus?
apabila dengar perkataan "Gerun", saya pun tanya, tak de laluan lain ke? dia kata, ikut ayer hitam n kluang tapi jauh sikit... saya pun bertambah pening... nak lalu mana, tak de kawan lak tu nak ajak saing... erm.. nak lalu ayer hitam tak leh sbb sabtu dan ahad saya perlu ada di sekolah untuk program julang dan kem waja diri...
akhirnya, saya ambik keputusan untuk mengikut jalan kota tinggi sahaja.. jalannya, masyaallah sangat menguji kecekapan saya.. tapi best gak jalan tu.. hehehe alhamdulillah tak banyak lori berat.. ada beberapa sahaja yang semuanya dapat saya pintas... tetiba..... saya da nampak signboard mersing.. tgk jam, baru kul 1.15.. la... 2 jam je.. masa check in pun lum lagi... sepatutnya check in kul 2.30ptg..
saya pun try check in... dibenarkan.. alhamdulillah... semuanya selamat.. saya pun berehat sementara menunggu pukul 3.30 untuk sessi taklimat.....
pukul 3.30, saya pun ke lobi hotel... kemudian... ke dewan pak malau.. terjadilah peristiwa jejak kasihan.. he... hampir 8 tahun tak jumpa kawan2 se maahad johor dulu... kini kami bersua kembali kerana kursus ini.. tapi golongan yang macam aku, dari sekolah menengah tak ramai.. yang ramai guru-guru jqaf.... bila dah lama tak jumpa, apelagi, macam-macam cerita yang keluar...
tetiba ada yang menegur aku, "makin kurus la engkau"... erm.. btul ker? saya bukan bangga, tapi risau kalau saya kurus sangat.. sebab saya dah memang kurus... heeee memang dah lama saya tak timbang berat badan.. entah dah tinggal berapa kg agaknya... sepatutnya bila dah kerja, dah pegang duit sendiri beribu2 orang tu jadi berisi, tapi lain pulak ngan aku... huhu
nampaknya, saya kene wat "kajian tindakan" kenapa saya semakin kurus... adakah faktor kerja? stress? tinggal berjauhan ngan mak? cinta? ;) banyak sangat yang nak difikirkan ke? sebenarnya bukan seorang yang cakap, tapi ramai... sbbtu saya kene wat kajian tindakan, kalo seorang tak pe....
erm.. apa2 pun semua tu tanggungjawab saya sebagai khalifah Allah... yang penting, akhirat jangan ditinggalkan.. oleh itu, bagi mengakhiri post saya pada hari ini saya mengucapkan salam ramadhan.. sama-samalah kita menghidupkan bulan Ramadhan yang bakal menjelang... saya dah terasa kehangatannya... teringat saya semasa di Mesir dahulu, kalau macam sekarang, dah banyak tanglung2 dijual untuk menyambut Ramadhan Karim...
Jumaat, 24 Julai 2009
ragam pelajarku ~~~ hafizzan
salam sejahtera semua... maaf kerana dah lama tak update blog nie... bukan nak kata malas, tak de mood atau yang seumpama dengannya... tapi, banyak kerja yang menunggu giliran dia akhir-akhir ini... mungkin tanggapan orang pada kerja cikgu nie mudah aje.... ajo2 pastu tanda buku... ajo2 pastu tanda buku.... padahal tidak.. banyak kerja sampingan yang perlu dibuat oleh cikgu nie.. kerja kerani , kerani kewangan, semua cikgu buat... kiranya serba boleh lah cikgu nie... he3
kalo nak kira ot, mesti boleh dapat banyak kan... ha3 mata duitan pulak...
oklah, saya nak citer pasal student saya sebenarnya..nama dia hafizan bin wagimon.. gambar dia saya dah post awal2 lg... hafizan nie seorang budak yg baik,, rajin buang sampah walaupun tak disuruh.. kalau saya suruh pelajar lain, dia dengan rela hati nak buang sampah tersebut.. sebenarnya ada mekna dia nak buang sampah tu.. nak jalan2.. saya dah faham sangat.. hafizan ne memang suka jalan..saya ade dalam kelas pun dia berjalan, kalau lepas rehat, mesti dia masuk lewat sebab dia tawaf satu sekolah...
pd suatu hari, saya masuk ke kelas.. tapi hafizan nie, dia boleh jalan2 kat kelas lain lg.. bile cikgu disiplin terjumpa dia, cikgu tu ajak masuk kelas dia.. dalam kelas, saya tersedar kehilangan hafizan.. menjadi tanggungjawab saya menjaga pelajar kelas saya semasa saya berada dalam kelas... bila saya tersedar, saya bertanya kepada pelajar lain, mana hafizan? pelajar nie kata hafizan kat kelas sebelah cikgu. saya pun menjengah kat kelas sebelah, hafizan sedang duduk dengan tekun di kelas sebelah belajar sains.. saya biarkan sahaja dia di kelas sebelah.. apabila loceng berbunyi, menandakan masa dah abis.. tetiba hafizan muncul depan saya, saya pun bertanya pada dia, hafizan,, awk kenapa? awk tak suka saya ajar awk ke? awk nak belajar ngan cikgu disiplin je ke? dia menjawab: cikgu tu panggil cikgu... erm..hafizan..hafizan awk berjalan je,
k, nntilah sambung.. nak wat keje lain.. ha3
Rabu, 15 Julai 2009
Khamis, 21 Mei 2009
rahsia pergerakan otot dalam solat..
tanpa tajuk tanda mogok...
Selasa, 19 Mei 2009
bulan mei
Jumaat, 8 Mei 2009
hati sape dibawa lari episod 2.. ;)
erm... hari ini saya tak berapa bersemangat nak tulis di blog ini setelah dapat msg dari teman saya...semangat saya telah hilang...entahlah hanya allah sahaja yang dapat menentukan segalanya... mudah mudahan ape yg dirancangkan saya menjadi kenyataan, namun begitu saya redha di atas segala qada' dan qadar Allah kerana Dialah sebaik-baik perancang...
oleh itu saya tidak dapat menyambung creta tentang puteri dan putera A tersebut..insyaallah, saya akan menyambungnya pada masa akan datang... mudah-mudahan allah permudahkan urusan mereka...
oklah sebelum saya mengakhiri, saya ingin menyampaikan beberapa wasiat..:
Memiliki segulung ijazah bukanlah jambatan mendapat gelaran sebagai ulama’, apatah lagi jika tidak terpancar dari dirinya kehidupan ilmu. Ulama’ bukan sahaja ada ilmu malahan ia memberi sumbangan kepada masyarakat, perkembangan dakwah dan kemajuan negara.-U.Idris Ahmad.
jika mereka sibuk mencari cinta,biarlah kita sibuk mencari iman.. jika mereka sibuk mencari pasangan,biarlah kita sibuk mencari keredhaan.jika mereka menangis kerana kecewa bercinta biarlah kita menangis kerana mengenang dosa semalam.jika mereka cintakan kemanusiaan,biarlah kita cintakan tuhan.jika mereka mendambakan kehidupan duniawi,biarlah kita dambakan ukhrawi..
janganlah kamu menyebut ALLAH (berzikir)bukan melalui hatimu(khusyuk) kerana firman ALLAH bermaksud: sekiranya kami turunkan AL-QURAN ini kepada bukit bukau gunung ganag nescaya kami dapati mereka khusyuk dan hancur kerana ketakutan kepada ALLAH..sedangkan khusyuk tidak akan dikecapi melainkan kamu meninggalkan didalam hatimu perempuan dan dunia..jika kamu ingin membuang dunia dalam dirimu hendaklah engkau membuangnya terhadap apa yang hatimu suka kepadanya seperti kamu bersedekah apa yang kamu menyayanginya. kedua hendaklah engkau redha ketentuan tuanmu(ALLAH)
(oleh: syeikh almurabbi almursyid syeikh yusuf al-bakhur al-hasani)
Isnin, 4 Mei 2009
hati sape telah dibawa lari....? ;)
Selasa, 21 April 2009
ermmmm....
Isnin, 20 April 2009
ibu...engkaulah ratu hatiku.. ;(
Khamis, 16 April 2009
pendidikan Islam 2tp3
"hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun...bila-bila masa akan pecah...."
Rabu, 15 April 2009
kata-kata hikmah yang membuatkan kita bersemangat semula....
Selasa, 14 April 2009
siapa yang membuat kebaikan sebesar zarah pun akan dibalas baik....
harinie mesyuarat... mesyuarat entah kali ke berapa...
Isnin, 13 April 2009
bermula episod hidupku.......
"orang yang bijaksana akan mencari kesempurnaan, tetapi orang yang bodoh akan mencari kekayaan."
" Gantunglah azam dan semangat mu setinggi bintang di langit, dan rendahkanlah hatimu serendah mutiara di lautan..."